Wednesday, December 22, 2010

DEDIKASI BUAT BAKAL PEMIMPIN........


Keharmonian dan ketenangan yang menyelubungi Zagazig sebelum ini seakan-akan tergugat dek kerana keriuhan dan kemeriahan di kalangan mahasiswa/wi sains perubatan di sini yang sibuk berkempen untuk memilih kepimpinan baru untuk persatuan yang sangat kita sayangi ini iaitu PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG(PCZ) bagi sesi 2011/2012…sebagai salah seorang senior yang bertanggungjawab menubuhkan PCZ di bumi Zagazig ini,sudah semestinya kami mengharapkan agar nakhoda yang bakal di pilih untuk mengemudi bahtera yang masih muda ini betul-betul  berkelayakan demi memastikan hadaf dan tujuan penubuhan pcz akan tercapai.Perkongsian ini bukan bertujuan untuk memperlekehkan sesiapa atau menyanjungi sesiapa…tapi ianya sekadar pencerahan kepada yang masih kabur ,pembetulan kepada yang bersalah dan amaran kepada yang jahil………


Soal kepimpinan bukan perkara kecil dalam Islam,kalau tidak,masakan sahabat-sahabat nabi lebih mengutamakan pengganti kepada baginda dari menguruskan jasad yang mulia….sesungguhnya Islam itu sudah sempurna,tapi kita memerlukan elemen lain untuk melaksanakan kesempurnaan tersebut…politik berpersatuan dan ketua yang faham adalah elemen yang penting di peringkat kita sekarang ini dan akan kita teruskan kepada politik kenegaraan demi memastikan Islam bukan sahaja di terima sebagai satu jaminan dalam perlembagaan,tapi mesti di laksanakan di semua peringkat kehidupan…..tidak kira siapa pun anda,bila saja anda mengaku anda muslim,tanggungjawab untuk melaksanakan kesempurnaan islam dalam kehidupan adalah kewajipan dan keperluan,bukannya pilihan dan tiada alasan….jadi,mahu tidak mahu,pcz yang kita cintai ini juga perlu melaksanakan apa yang islam tuntut walaupun ianya persatuan kepada pelajar sains kesihatan dek kerana pemimpin dan ahli secara keseluruhannya mengucap kalimah syahadatain dan adalah muslim.jadi,tidak timbul soal kenapa asyik berbicara soal islam dan perlu pembawakan islam dalam pcz kerana ianya adalah tuntutan dari yang maha kuasa,bukannya pilihan nafsu  manusia…

Sebenarnya bila islam di jadikan pembawakan dan rujukan  utama,secara tidak langsung kehendak dan keperluan yang lainnya  akan di penuhi.soal kesatuan, akademik,kebajikan,sukan,rehlah dan sebagainya akan terpelihara kerana islam merangkumi kesemuanya,ianya bukan sekadar agama,tapi adalah fitrah dan cara hidup manusia keseluruhannya…PCZ  adalah medium yang terbaik yang kita ada di bumi zagazig ini untuk memberi harapan baru kepada ahli yang tersasar ,memberi kesedaran kepada yang terlalai,memberi ruang kepada yang nak berbakti dan seterusnya yang paling penting memberi sumbangan kepada penghayatan dan pengamalan islam dalam diri mahasiswa/wi di sini.

Jadinya,pemimpin yang akan menerajui pcz mestilah faham akan tanggungjawab dan amanah yang besar dan mulia ini.apa yang penting,fikrahnya mestilah ISLAM….kenapa saya berkata begitu…Dr hadi ada ulasannya di dalam blog beliau….

Bila fikrahnya solid islam,apa jua keputusan dan tindakan akan ikut lunas-lunas yang di tetapkan oleh islam….ciri-ciri lain yang perlu ada kepada bakal pemimpin adalah kefahaman dan thaqafahnya terhadap semua ilmu khususnya ilmu berkaitan agama,akhlaknya ikut ISLAM,pakaiannya ikut ISLAM,percakapannya dan pergaulannya ikut ISLAM,senang cakap,semuanya ikut ISLAM sebab semua ada dalam islam, dari kita bangun tido,sampai kita tido semula,dari sekecil-kecil urusan,sehinggalah ke sebesar-besar urusan…factor dan keegoan akademik,senioriti,rupa paras dan ukuran lain tidak boleh di jadikan ukuran utama selagimana neraca timbangan yang di tetapkan agama tidak di penuhi…harus di ingat,semuanya akan di soal di mahkamah ALLAH nanti,tiada satu pun urusan akan terlepas…..firman ALLAH SWT…….


“MAKA DEMI TUHANMU,KAMI PASTI AKAN MENYOAL MEREKA SEMUANYA.TENTANG APA YANG MEREKA KERJAKAN DAHULU”.(al-Hijr ayat 92-93)

Sebelum kita memilih sesiapa menjadi pemimpin,pertimbangkanlah sebaiknya kerana ianya akan menjadi  salah satu dari pemberat untuk neraca mizan nanti.orang yang di pilih sudah tentunya lagi dahsyat hisabnya di hadapan Allah nanti kerana amanah dan tanggungjawab yang di pikul sangat berat.


“PADA MASA MUKA MEREKA DI BALIK-BALIKKAN DALAM NERAKA,MEREKA BERKATA(DENGAN SESALNYA):ALANGKAH BAIKNYA KALAU KAMI DAHULU(SEMASA DI DUNIA) TAAT KEPADA ALLAH SERTA TAAT KEPADA RASUL ALLAH,DAN MEREKA BERKATA LAGI:WAHAI TUHAN KAMI,SESUNGGUHNYA KAMI MEMATUHI KEHENDAK KETUA-KETUA DAN ORANG-ORANG BESAR KAMI,LALU MEREKA MENYESATKAN KAMI DARI JALAN YANG BENAR.WAHAI TUHAN KAMI,BERILAH MEREKA AZAB SENGSARA DUA KALI GANDA,DAN LAKNATKANLAH MEREKA DENGAN LAKNAT YANG SEBESAR-BESARNYA.”(al-Ahzab,66-68)

Saidina Umar juga menegaskan,


“sesiapa yang melantik pemimpin kerana harta ataupun hubungan keluarga,bukan kerana kelayakkannya,sesungguhnya dia mengkhianati Allah dan RasulNya.”

Berbeza pendapat dalam menilai seseorang adalah perkara biasa…ianya juga berlaku kepada saidina abu bakar dan saidina umar ketikamana mereka berselisih pendapat dalam memilih pemimpin untuk bani tamim…tapi adab dan punca perselisihan itu mestilah berdasarkan apa yang islam tetapkan….jadinya,penilaian anda semua mesti berdasarkan ciri yang islam nak,bukan ikut nafsu atau perasaan hasad dengki anda pada pihak lain…..kerana akhirnya……kita semua yang akan menanggung akibatnya…bukan sahaja di dunia,tapi turut di akhirat sana……

Akhirnya,sama-samalah kita berdoa agar kita semua di kurniakan pemimpin yang akan memandu kita  mencari keredhaan Illahi….tiada nikmat dan ganjaran yang lebih berharga dari syurga  di akhirat sana……moga-moga PCZ akan terus di pimpin oleh orang yang selayaknya.saya dan kawan-kawan yang lain tidak akan redha seandainya anda semua memilih pemimpin yang menggunakan PCZ untuk kepentingan pihak lain atau individu tertentu….PCZ adalah milik semua dan kita semua wajib mempertahankannya demi kepentingan bersama…dan paling penting ada sumbangan untuk ISLAM…


“KITA PCZ”

Saturday, October 9, 2010

IJTIMA' TARBAWI PERINGKAT KEBANGSAAN....

Murnikan perjuangan…Maknakan kemenangan….

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Illahi kerana dgn limpah kurnia-Nya serta  dgn nikmat-Nya,hamba-Mu yang hina ini telah diberi kesempatan utk bersama2 dgn pemuda2  yang cintakan perjuangan peninggalan baginda nabi yang mulia,iaitu utk kembali  meletakkan agama yang mulia ini di tempat yang tertinggi..bkn sekadar sbg agama rasmi sesebuah negara sahaja…tapi demi memastikan agama ini di terima dan dilaksanakan  secara menyeluruh dlm smua aspek kehidupan.utk tujuan dan matlamat yang besar ini..sudah semestinya di sana akan ada seribu satu cabaran,halangan,dugaan,mehnah dan tribulasi yang sudah menjadi sunnah bg seorang pejuang agama allah….tidak hairanla….rasul2 dan nabi2 terdahulu di ‘tarbiyah’ sedemikian rupa oleh murabbi yang paling agung yakni allah swt demi mempersiapkan diri utk tugas yang berat ini.
Tanggal 1,2 dan 3 oktober menjadi saksi yang masih ramai di kalangan pemuda2 dan pemudi2 yang cintakan agama di sebalik kerosakkan yang teruk melanda dunia.5 ribu pemuda dan pemudi berhimpun di masjid rusila,Terengganu utk satu tujuan dan matlamat,yakni utk kembali memperkasakan dan melonjakkan roh dan semangat jihad dan ianya  harus dimulai dan diterjemahkan dgn memperkukuhkan program2 tarbiyah di kalangan pejuang2 agama allah ini.Pengisian dan semangat telah di sampaikan oleh murabbi2 agung yang telah lama berjuang utk mendaulatkan agama yang kita cintai ini.Keberadaan  di sana cukup membuatkan diri ini berasa kerdil dek kerana kurangnya ilmu dan kefahaman serta lemahnya diri dlm mnghadapi sedikit ujian dr allah swt.Di sini….insan yang lemah ini ingin berkongsi sedikit  ilmu yang telah di sampaikan oleh murabbi2 yang cukup ikhlas dlm memperjuangkan agama,mudah-mudahan ada manfaat utk kita semua……

**dari ustaz Nik Zawawi dalam forum tarbawi.

katanya : "..jangan ingat lepas kita dah kalahkan musuh kita iaitu umno dalam pru-13 kita dah berjaya dan boleh bergembira, kerana bila kita memegang Malaysia, kita akan berhadapan dengan musuh yang lebih besar seperti Amerika dan sekutu-sekutunya. Maka persiapkanlah diri kita dengan tarbiyah untuk menghadapi musuh2 kita ini.."


**Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

pesanan untuk pemuda supaya mengamalkan 3 perkara ini iaitu ;

1. baca quran setiap hari

2. qimullail

3. solat dhuha


**ustaz Yahya Othman, murabbi PAS pusat

Tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya.

Pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi. Pemuda hendaklah :

1. Memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat.

2. Naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, umno akan terus memerintah.

Pesanan kepada pemuda

1. mesti berilmu

2. mesti mengamalkan ilmu

3. bercakap benar

4. bermaaf-maafan

5. baca quran

-Sertailah PAS dan jujur, ikhlas, tidak khianat


**ustaz Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden pas

Kita hendaklah bangga menjadi orang mukmin yang duduk di dalam pas

Pemuda hendaklah memastikan tidak ada satu hari berlalu tanpa membaca Al-Quran !

kunci beramal dengan quran :

1) membaca al-quran

2) melihat terjemah al-quran

3) melihat tafsir quran

4) beramal dengan al-Quran

5) istiqamah dengan Al-Quran

"tiada guna jika semua buku haraki dihafal di kepala,namun tidak ada sedikit pun sumbangan utk perjuangan menegakkan agama"...


**Khalid Mesyal (hamas, palestin)
berkata akan belajar dengan PAS atas penubuhan DHPP

-satu-satunya gerakan yang berjaya membaca politik setempat dgn baik adalah Pas kerana berjaya menarik minat non muslim utk sama2 berjuang dgn sebuah gerakan islam...


**ustaz Nasrudin Hasan At-tantawi, ketua pemuda PAS pusat

Berintima dalam pas ini ada kerana beberapa perkara. Antaranya :

1. syakhsi (peribadi) : kerana peribadi tokoh2 tertentu

2. gharawi ( kecenderungan) : kerana minat pada kopiah orang2 pas

3. istijali ( kebetulan ) : lahir dalam keluarga pas


tetapi yang paling penting adalah kerana aqidi (aqidah)

-jika betul niat kita berjuang dlm gerakan islam ini,maka apa saja aktiviti dan program yang kita lakukan adalah tarbiyah....



**ustaz Ahmad Yahya, ketua pemuda pas kedah

Tarbiyah adalah jantung, dan perlu diletakkan di tempat utama dalam organisasi.

Rahsia utama bagaimana kedah boleh menang dalam pru12 kerana kita buat post mortem pada 2004 dan mendapati bahawa tarbiyahlah kunci utama untuk menang.

Soalan untuk semua,

apa yang dirasai selepas solat?

jika kita merasa lega kerana telah menunaikan kewajipan, ianya masih tidak mencukupi.sebaliknya kita perlu merasakan ianya adalah keperluan utk kita mendekatkan diri kpd alllah...


** ustaz Zulkifli Ismail, ketua dewan ulama pas melaka

pemuda pas hendaklah menguasai :

1.fiqh marhali

2. fiqh aulawiyat

3. takzim al waqt (memuliakan waktu)

4. membelakangkan keuntungan peribadi , mazhab dan aliran serta pandangan peribadi untuk memastikan kepentingan jemaah diutamakan.


**ustazah Nuridah Salleh, ketua dewan muslimat pas pusat

Pemuda hendaklah memastikan isteri-isteri mereka tidak dibiarkan di rumah sahaja. Hendaklah memastikan isteri turut serta mengambil bahagian dan memegang jawatan dalam pas.



**Tuan Guru Dato Seri Hj Hadi, presiden pas

Abdullah b mubarak menulis surat kepada Fudhail b.Iyad, meminta supaya meninggalkan tempat beribadatnya dan pergi ke medan jihad.

Berjihad ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sanggup menghadapi dugaan/cabaran.


"Syura Didahulukan, Taqwa Diutamakan"

Hidup Islam, Hancur Jahiliyyah !


Thursday, August 19, 2010

KEPASTIAN YANG SERING DIABAIKAN....



Namanya manusia,pasti akan  ada yang tidak kena dan sempurna.Selepas baginda NABI MUHAMMAD S.A.W,tiada lagi yang berupaya mengelak dari dosa dan noda.Tetapi,dosa dan noda terlalu berleluasa sekarang kerana manusia sering terlupa kepada  azab dan seksa,syurga dan neraka..Apakah mereka lupa yang itu adalah sesuatu yang  nyata dan pasti kepada setiap makhluk yang dicipta-Nya.

Manusia sering mengejar dan mengimpikan sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya,tetapi sering terlupa atau lalai dengan apa yang pasti menjadi miliknya.Kita akan berusaha untuk sesuatu yang  masih belum pasti menjadi milik kita,namun kita sering mengabaikan sesuatu yang pasti menemui kita tidak kira di mana atau bila pun masanya.

Mumtaz,4.0 flat,A+,no.1,menjadi buruan setiap manusia.Cuba kita tanya,siapa yang tidak mahu cemerlang dalam pelajarannya mahupun kehidupan duniawinya,pasti  jawapannya sama.Begitu juga kalau kita tanya sedara seISLAM kita tentang syurga dan neraka,pastinya semua mahu ke syurga,malah SYURGA FIRDAUS menjadi idaman  kita.Baik…itu naluri semua manusia yang bergelar MUSLIM…….PERSOALANNYA?.......

Antara MUMTAZ,SYURGA DAN NERAKA,yang mana agaknya yang pasti akan kita dapat walau apa pun pengakhirannya.Tentulah jawapannya syurga dan neraka kan…mumtaz ataupun cemerlang tidak akan ada seorang pun yang berani jamin yang dia akan dapat walau SEGAGAH  mana pun dia berusaha.Tetapi syurga atau neraka pasti kita akan dapat walau SEMALAS mana pun kita berusaha untuk mendapatkannya….kerana itu janji dari yang ESA dan di sampaikan melalui BAGINDA junjungan mulia….

Cuba perhatikan di sekeliling kita,antara mumtaz dan syurga,antara  study dan neraka,antara kemewahan dan kematian,antara agama dan dunia,yang mana agaknya lebih menjadi keutamaan  bagi kita.kalaulah kita boleh study sampai bengkak2 mata hanya semata-mata untuk ijazah dan kesenangan dunia,kenapa kita tidak boleh berdiri sehingga bengkak2 kaki atau sujud sehingga bengkak2 dahi untuk keredhaan-Nya.

Baginda Nabi Muhammad S.A.W. ketika ditanya oleh Saidatina Aishah akan ibadah yang dilakukan oleh Baginda sehingga bengkak2 kaki sedangkan Baginda merupakan kekasih ALLAH dan telah  di janjikan syurga..jawapan Baginda cukup indah….”APAKAH SALAH UNTUK AKU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR”….

Kalaulah kita niatkan usaha kita itu untuk kesenangan akhirat dan kepentingan agama,tentulah ianya akan menjadi usaha yang mulia kerana ibadah dan urusan agama bukan hanya tertakhluk pada solat atau ibadah khusus lain semata-mata.Islam sebagai suatu cara hidup yang disebut sebagai AD-DIN,dari kita bangun tidur,sehinggalah kita tidur semula,semuanya diajar dan dikurniakan pahala kalau betul niat dan caranya.Oleh sebab itulah,kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dengan tuntutan agama.

DR. YUSOF AL-QARDHAWI,dalam bukunya “WAJIBUS SYABAB ALYAUM”(kewajiban remaja islam pada hari ini) menyatakan yang ISLAM tidak menuntut dari seorang pelajar  perubatan mahupun kejuruteraan untuk meninggalkan  bidang mereka hanya semata-mata untuk mempelajari ilmu agama,tapi cukuplah bagi mereka mengetahui akan hal2 dan ilmu2 agama yang mana pengetahuan tersebut cukup untuk menjernihkan akidah mereka,mampu untuk memperbetulkan ibadah mereka,dapat memperelokkan akhlak mereka dan dapat membezakan antara yang halal dan yang haram.

SAIDINA ALI R.A  pernah berkata,”BERKERJALAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA DAN BERIBADAHLAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI KEESOKAN HARINYA”……

Islam menuntut kita untuk berusaha bagi benda yang tidak pasti dan bermujahadah bagi benda yang pasti.Kedua-duanya mesti di seimbangkan,tapi kita,agak2 mana yang akan kita lebihkan.Kita sanggup berjaga malam untuk study dan assignment,tapi berapa ramai yang sanggup  berjaga malam bagi  beribadah kepada-Nya.Apa yang menyedihkan,ada di antara kita berasa puas dapat berjaga hingga ke pagi demi menyiapkan assignment,tapi tidak merasa apa2 bila subuhnya terlajak hingga ke tengahari..

Sedarilah saudara seakidahku bahawa martabat kita di sisi yang maha Esa hanya pada ketakwaan kepada-Nya,bukan pada  darjat dan pangkat habuan dunia.Tidak salah mencari kesenangan dunia,tapi biarlah paling tidaknya setanding dan sepatutnya lebih hebat usahanya  untuk kesenangan abadi di akhirat kelak.Tiada ganjaran dan kenikmatan yang lebih bermakna dan berharga selain syurga-Nya…..semoga kita semua dapat berehat di syurga…….sekian.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem

  
RAMADHAN YANG SAMA,NATIJAH YANG BERBEZA


   Salam ukhwah dan salam ramadhan buat sahabat-sahabiah khususnya  mahasiswa-mahasiswi di bumi Zagazig.Moga-moga madrasah ramadhan yang  akan kita tempuhi merupakan hari-hari terbaik yang  akan kita lalui dan sudah semestinya kita mengharapkan agar hari yang mendatang akan menatijahkan sesuatu yang paling baik buat kehidupan kita.

    Sahabat-sahabiah sekalian,

   Kita wajib bersyukur kerana masih lagi di beri ruang dan peluang oleh ALLAH S.W.T  untuk merasai dan menghayati keberkatan bulan yang paling mulia ini.Manfaatkanlah ramadhan ini dengan sebaiknya kerana kita masih belum pasti samada kita akan di beri peluang yang sama pada tahun hadapan.Seandainya ini adalah ramadhan yang terakhir bagi kita,kita mesti pastikan inilah yang terbaik yang penah kita lalui dan hayati.Baginda Nabi Muhammad SAW penah bersabda:

     sangat malang bagi orang yang berkesempatan melalui ramadhan tetapi tidak di ampunkan dosanya”(HR: Ibnu Khuzaimah,Al Baihaqi)

     Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan paling afdal bagi umat Islam.Di dalamnya,ALLAH SWT melipat gandakan pahala bagi hamba-hambanya yang melakukan amalan kebaikan.Jadi tidak hairanlah jika orang yang betul-betul beriman sangat merindui dan sentiasa mengharapkan akan kehadiran bulan yang mulia ini.Kita sebagai hamba-Nya yang lemah sepatutnya menghidupkan bulan mulia ini dengan segala amal kebaikan dan kebajikan kerana ibadah yang di lakukan pada bulan ramadhan terutamanya ibadah puasa akan di nilai secara khusus oleh ALLAH SWT dan di beri ganjaran yang istimewa.Ini bertepatan dengan Hadis Qudsi :

      “puasa adalah untuk KU dan AKU yang kurniakan nilaian baginya”(ABU HURAIRAH R.A)


    Sabahat-sahabiah sekalian,

    Keberkatan Ramadhan  telah di buktikan dengan barlakunya beberapa peristiwa penting dalam sejarah kebangkitan dan perjuangan Umat Islam.Kita sewajarnya mengambil pengajaran dari peristriwa-peristiwa tersebut.Di antara peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam bulan yang mulia ini adalah:

1-Penurunan Al-Quran:”sesungguhnya  Kami telah menurunkan(Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar”-Surah Al-Qadr:1
2-Kewajipan berpuasa-Surah Al-Baqarah:183
3-Tercetusnya peperangan Badar Al-Kubra-Surah Al-Anfal:42
4-Pembukaan Kota Mekkah
5-Peperangan Al-Qudsiah dan peperangan Ain Jalut

Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku sepanjang bulan ramadhan.Ini membuktikan yang ibadah puasa tidak sepatutnya di jadikan alasan untuk kita berehat dari memperjuangkan agama ALLAH dan melakukan amal ibadah sebanyak-banyaknya.

    Seterusnya  mari kita lihat pula fadhilat dan kelebihan yang ALLAH SWT kurniakan kepada hamba-Nya  yang menghayati dan meghidupkan madrasah ramadhan ini.Moga-moga selepas ini kita akan lebih menghargai dan melipat gandakan amalan kita di dalam bulan yang mulia ini.Antaranya ialah:

1-Puasa fardhu-daripada Abu Hurairah R.A meriwayatkan daripada Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan,maka akan di ampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”

2-Malam Lailatul Qadar-Surah Al-Qadr:1-5 menerangkan akan kelebihan malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
3-Di turunkan Al-Quran-Surah Al-Baqarah:185
4-Pintu-pintu langit di buka,pintu-pintu neraka di tutup dan syaitan di belenggu-Abu Hurairah RA berkata,Nabi Muhammad SAW bersabda:
Apabila datang bulan ramadhan,maka dibuka pintu-pintu langit,dikunci(ditutup) pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu”
5-Solat terawih
6-Penghulu segala bulan-daripada At-Tabrani meriwayatkan daripada Abdullah ibn Mas’ud:

“Penghulu bagi segala bulan adalah bulan ramadhan,dan penghulu bagi segala hari adalah hari jumaat”



     Begitulah banyaknya kelebihan dan fadhilat yang ALLAH SWT kurniakan kepada hamba-hambaNya di bulan Ramadhan ini.Sama-samalah kita mengambil peluang ini dengan sebaiknya.Moga-moga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang beruntung dan berjaya.Ahlan Ya  Ramadhan……….