Thursday, June 23, 2011

USTAZ FADHIL NOOR DALAM KENANGAN.......


                             ULAMA’ KESAYANGAN UMMAH(UST FADHIL NOOR)…..



Hari ini…23 Jun 2011….genapla 9 tahun beliau pergi menemui  Allah yang cukup beliau cintai dan patuhi..manakan tidak..hampir keseluruhan hidup,tenaga dan kudratnya di kerahkan untuk menzahirkan rasa cinta dan kasihnya kepada Rabb,Tuhan sekelian alam dengan memperjuangkan tertegaknya  sebuah daulah dan kepimpinan yang patuh pada arahan Allah dan RasulNya…supaya Islam kembali menjadi cara hidup bagi orang yang mengaku beriman kepadaNya…dan supaya Islam juga di terima baik dan di pandang mulia oleh orang yang masih belum beriman…..demi hasrat yang murni ini..beliau memilih dan seterusnya mengemudi bahtera yang di yakini mampu mendokong dan memperjuangkan cita-cita agung ini selaras dengan tuntutan dari Allah dan RasulNya….maka Jamaah Islam(PAS) dipilih  untuk merealisasikan impian yang menjadi idaman setiap pencinta agama terutamanya selepas  jatuhnya Khilafah Islam Turki Uthmaniah pada tahun 1924 di tangan kotor Mustaffa Kamal At-Tartukh….


Aku sebenarnya mula mengenali dan mengagumi PAS semasa beliau yang menjadi teraju utamanya…tambahan pula beliau adalah wakil rakyat bagi parlimen Pendang dan dun Anak Bukit…yakni kawasan tempat tinggalku….bayangkan bagaimana aku yang  pada ketika itu masih di sekolah rendah boleh meminati dan mengagumi PAS..bukannya aku pandai dan tahu sangat berkaitan dunia politik..tapi aku yakin apa yang di katakannya benar…apa yang di perjuangkannya besar..dan apa yang  di lakukannya bukan utk dirinya…tidak lain dan tidak bukan hanyalah melalui akhlaknya yang cukup baik…budak hingusan seperti aku yang tidak pernah mengenal selok- belok mainan ahli politik….tidak pernah tahu apa pentingnya malah sebenarnya apa itu politik pun aku masih kabur..tiba-tiba menjadi yakin dan sanggup bermandi peluh utk memasang bendera PAS ketika pilihanraya…sanggup berbasikal utk mendengar ceramah PAS…hanya semata-mata kagum dan yakin dengan Almarhum Ust Fadhil Nor….. tak kisahlah kalau pada ketika itu aku meminati PAS atas faktor individu…yang penting semenjak dari hari itu..aku yakin PAS adalah medan..kalau bukan sebagai pendokong pun..biarlah paling kurang sebagai penyokong untuk PAS….Moga Allah menetapkan aku di jalan ini…Amenn….


Almarhum adalah pemimpin yang cukup dekat dengan rakyat…seingat aku..dia pernah sekali ke rumah aku ketikamana ibu dan ayahku mengadakan kenduri doa selamat untuk berangkat ke tanah suci pada tahun 1998..walaupun jemputan itu hanya dari seorang rakyat biasa dari kampung yang agak terpencil…beliau tetap juga memenuhi jemputan tersebut walaupun sibuk…dari situ aku melihat betapa gembiranya kedua orang tuaku menerima kunjungan dari pemimpin kesayangan ramai itu…dari situ juga aku mendengar ramainya orang memuji susuk tubuh yang kecil itu sbg seorang pemimpin yang cukup baik….mulai dari saat itu..aku mula mengenali dan memerhatikan beliau baik semasa ceramah,kenduri-kendara,kematian penduduk kampung mahupun di  T.V…jarang sekali beliau menolak jemputan ataupun tidak hadir semasa ada kematian biarpun ianya hanya melibatkan penduduk kampung yang selalu di anak tirikan…..kehadirannya bukan atas kapasitinya sbg seorang wakil rakyat atau pemimpin yang perlu di layan dan di sambut mengikut protokol tertentu..tetapi beliau hadir dgn senyuman dan sapaan yang pasti menambat hati sesiapa yang melihatnya…beliau tidak kekok utk duduk bersila di atas tikar yang berhabuk dan berdebu bersama petani dan penoreh getah…beliau tidak jijik untuk makan setalam ataupun sehidang dgn tangan2 orang yang bermain dgn lumpur sawah dan susu getah…..dan aku yakin itu bukan lakonan…tapi itulah pemimpin kesayangan ummah….sejak itu…aku minat mendengar ceramahnya..aku minat mendngar perbahasannya di parlimen walaupun sebenarnya aku tidaklah begitu memahaminya...tapi minat punya pasal…duit di habiskan utk membeli cd2 ceramah dan perbahasan beliau….


Tanggal 23 Jun 2002…..ketika aku berumur 15 tahun(tingkatan 3) di Maktab Mahmud Alor Star…aku masih ingat peristiwa ini..ketika aku bertugas di perpustakaan(pengawas perpustakaan)…Ust Zamri tiba-tiba sambil menitiskan air mata menyampaikan kepada kami semua yang Ust Fadhil Nor telah kembali ke rahmatullah…..ketika itu aku melihat abg2 seniorku yang aku yakin sudah memahami akan hakikat perjuangan almarhum..turut menitiskan air mata…aku yang masih belum memahami akan hakikat itu…turut sama bersedih di atas pemergiaan beliau menemui Allah …kerana aku yakin beliaulah pemimpin dan wakil rakyat terbaik utk kawasan aku….sedangkan aku lupa..sebenarnya bukan sahaja utk penduduk pendang..tapi beliaulah ulama’ dan pemimpin kesayangan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan agama dan perjuangan peninggalan Baginda yang mulia….jasanya cukup besar kepada perjuangan islam di Malaysia…..kalamnya penuh hikmah…akhlakny mempersonakan…hujahnya penuh makna….beliau di hormati kawan dan lawan……pandangan dan strategi politik beliau melangkaui sempadan..nasihat dan teguran beliau menjadi panduan…beliau lah yang membuka ruang yang lebih luas kepada non-muslim untuk lebih mengenali perjuangan PAS secara umumnya dan Islam secara khususnya…Islam bukan lagi asing bagi non muslim di Malaysia hasil kerja keras beliau sepanjang menjadi presiden PAS…dan itu semua di teruskan di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sehingga sekarang….hasilnya sekarang org bukan islam bukan sahaja boleh menerima..malah boleh bercakap dan berkempen untuk kemenangan Islam di malaysia….


Pada hari tersebut…kami semua di minta ke dewan besar  Maktab Mahmud….sekali lagi kami di maklumkan mengenai pemergian almarhum menemui kekasihnya….kelas di batalkan..kami beramai-ramai bersama guru-guru di situ membacakan tahlil secara beramai-ramai utk beliau…bukan atas kapasitinya sbg presiden PAS..tapi atas  dasar beliau adalah bekas pelajar dan pendidik di situ yang cukup berjasa dlm mendidik anak bangsa…kami merasai kehilangannya sbg guru kpd ummah di Malaysia…..kemudian aku turut serta bersama rombongan ke Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena(pusat pengajian agama yang di asaskan oleh almarhum) utk memberikan penghormatan terakhir kepada ulama’ ini….bersama kami pada ketika itu puluhan malah mungkin ratusan ribu umat manusia yang turut serta kerana di khabarnya jalan raya sesak sepanjang 20 km….bas yang kami naiki tidak dpt bergerak..akhirnya kami bersama kebanyakkan yang lain terpaksa berjalan kaki hampir 10 km utk ke sana..itulah kali pertama aku lihat pengumpulan manusia seramai itu…sanggup berjalan kaki walaupun jaraknya yang jauh di tambah dgn kesesakan manusia…kalau bkn kerana sygnya mereka kpd almarhum…tidak mngkin mereka sekuat dan setabah itu….sampai di sana…jenazah almarhum masih belum tiba kerana kesesakan dan kerana mngkin permintaan terakhir almarhum yang mahukan jenazah beliau di bawa oleh van jenazah yang beliau sumbangkan kepada kawasan Pendang……ketika van jenazah tiba dgn di iringi oleh polis,kelihatan lautan manusia memberikan kerjasama yang cukup baik bagi memastikan jenazah beliau dpt di sempurnakan dgn sebaik dan secepat mungkin….suasana sedih dan pilu dgn di iringi aliran air mata dan doa yang tidak putus2 dari puluhan ribu ummat manusia membuktikan yang almarhum memang cukup di sayangi oleh rakyat…jenazah beliau di sambut dan di usung oleh puluhan ribu ummat manusia yang berebut-rebut utk  memberikan penghormatan terakhir kepada ulama’  ini…solat jenazah di adakan berulang kali di sebabkan bilangan jemaah yang terlalu ramai dan tidak putus2 datang memberikan penghormatan….ya allah..ramainya manusia yang datang mendoakan almarhum…besar betul jasanya…bisik hati kecilku…..akhirnya….malam itu jugak….jenazah almarhum selamat di kebumikan di tanah muassasah darul ulum sesuai dgn wasiat almarhum yang hendak di semadikan di situ….semoga rohnya akan di rahmati dan almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang di cintai oleh Allah dan RasulNya….


Setelah hampir 6 tahun almarhum pergi meninggalkan kita…tiba-tiba rakyat Malaysia di kejutkan dgn berita yang di muatkan di dalam majalah mastika edisi Julai 2008…ms 118…bahawa ada seorang pilot  yang  bukan beragama Islam pada asalnya(india)..telah memeluk Islam setelah beliau dan krew2nya di pilih oleh Allah SWT utk menyaksikan suatu peristiwa yang cukup istimewa yang telah membuka pintu hatinya utk menerima nur hidayah dan akhirnya memeluk Islam…peristiwa yang ketikamana beliau memandu pesawat yang di dalamnya ada jenazah seorang ulama pemimpin gerakan islam di malaysia…pesawatnya di payungi oleh awan sepanjang perjalanan dari kuala lumpur ke utara tanah air sedangkan kawasan di sekitarnya pada ketika itu panas terik….subhanallah….Allah memelihara jenazah ulama tersebut dari panas terik matahari…peristiwa itu cukup memberi mkna kepada pilot tersebut dan akhirnya beliau memeluk islam….walaupun nama ulama itu tidak di nyatakan secara khusus..tapi berdasarkan ciri-ciri yang di berikan..tidak syak lagi yang itu adalah jenazah almarhum Ust fadhil nor…dari hidup sehinggalah roh beliau di cabut…dakwah beliau tetap berjalan…..subhanallah….


Kini sudah 9 tahun almarhum pergi meninggalkan kita….namun ingatan kita kepadanya masih segar…kita tidak akan pernah melupakan jasanya kpd perkembangan PAS secara umumnya dan Islam secara khususnya di bumi Malaysia…tidak hairanlah PAS menamakan sebuah dewan di markaz tarbiyyahnya di  Taman Melewar dgn nama almarhum Ust Fadhil Nor….nasihat dan ilmunya di guna pakai dan manjadi panduan kpd semua pendokong dan penyokong gerakan Islam di malaysia sampai ke hari ini….sungguh…perjuangan suci dan ikhlasmu utk islam,Allah zahirkan secara jelas kepadaku..moga-moga aku dpt genggaminya selagi nadiku berdenyut dgn ketentuanMu….dan semoga aku dpt wariskan kepada generasi selepasku bila aku bakal menuruti pemergianmu…ya allah…kurniakanlah kekuatan kpd hambaMu yang lemah ini untuk menyumbang walaupun sedikit untuk agamaMu….kurniakanlah kekuatan dan ketabahan kepada pejuang-pejuang agamaMu…..Al-Fatihah kpd almarhum Ust Fadhil Noor…..

“ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami…dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu..sesungguhnya Engkau maha pemberi..”..surah ali-imran(8)…



Monday, June 13, 2011

Manfaatkan keberadaanmu di sini.......



ketika mula-mula sampai di zagazig.....


hari pertama di kuliah........
                                         bersama guruku...ust nazrul & dr hamdan
                           mengutip mutiara ilmu dari ulama' muda..ust hairul nizam
                    berkongsi ilmu dan pengalaman dengan guruku...dr kudin & ust hanafi
                               merekalah sahabat..merekalah teman dunia akhirat
                                              sahabat-sahabat seperjuangan....
                                                       


Masih terbayang detik2 ketikamana aku dah beberapa orang sahabat mula2 menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini..tanggal 26 oktober 2006 tak akan luput dari ingatan….pengembaraan  ilmu ke bumi asing ini semata-mata untuk mengejar impian yang sebenarnya masih belum pasti dalam genggaman..namun itu bukan alasan untuk aku mensia-siakn peluang keemasan…aku gagahi juga langkahku walau terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang…


Harapan dan dorongan dari keluarga,saudara-mara,sahabat handai dan orang2 kampung membuatkan aku sedar akan beban yang ada di bahuku…segulung ijazah MBBcH mesti aku bawa pulang..itu saja yang aku fikirkan ketika mula2 sampai ke mesir…dek kerana itulah aku rasa aku perlu belajar dan terus belajar walaupun sebenarnya aku bukanlah seorang yang rajin belajar sejak dari bangku sekolah lagi….


Antara nasihat awal yang aku dapat dari ustaz2 dan senior2 di sini adalah pentingnya untuk aku ambil ilmu lain selain perubatan di mesir ini di samping  tidak mengabaikan keutamaan aku di sini…Alhamdulillah Allah pertemukan aku dengan orang2 yang cukup ikhlas memberikan nasihat dan tunjuk ajar… Sungguh..di sinilah aku belajar dan tahu bnyak benda walaupun aku tahu sebenarnya apa yang aku tahu amatlah sedikit..tapi sekurangnya ada sesuatu yang baru yang aku belajar dan moga2 ianya di berkati utk aku jadikan panduan di sepanjang perjalananku nnti….


Di sini..aku kenal dan bertambah rasa cintaku kepada ulama’2 yang ikhlas menyebarkan ilmu…walaupun aku tidaklah sebaik mana..tapi aku cukup kagum dan rasa tenang bila dapat melihat wajah mereka walaupun sebenarnya aku tak faham apa yang mereka perkatakan…ini semua hasil perkongsian dari guru-guruku di sini yang selalu bercerita dan memuji akan kemuliaan dan kehebatan ulama’2 di sini dan di seluruh dunia..ust nazrul dan ust hairul nizam terutamanya…guru yang selalu bercerita akan kisah kehidupan dan perjuangan ulama’2 ummah ini…sayangnya…aku tak faham apa yang ulama2 ini ajarkan….namun aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku kenal ulama2 ini…

                                             ulama'-ulama' kesayangan ummah....


Di sini juga…aku dapat menambahkan ilmu dan pengetahuanku tentang agama yang aku anuti ini…walaupun pengetahuanku masih di tahap yang membimbangkan..tapi  sekurangnya aku dapat belajar beberapa buah kitab di sini….terima kasih tidak terhingga kepada ustaz-ustaz dari AL-Azhar yang bnyak membimbing dan mengajar kami di sini…..kalau harapkan aku bertalaqqi dengan syeikh arab..memang tak la jawabnya sebab aku tak dapat menguasai bhsa arab dgn baik..inilah yang aku sesalkan sampai ke hari ini…


Aku pernah meluahkan perasaan sedih kepada salah seorang guruku disini tentang lemahnya aku dalam menguasai bahasa arab dan memahami kalam2 ulama di sini..namun nasihatnya membuatkan aku sedar  yang itu bukan keutamaanku di sini dan aku tak akan di persoalkan kalau tidak dapat menguasainya,tapi  aku akan di persoalkan kalau tidak dpt menguasai ilmu perubatan dgn baik…namun itu bkn bermkna ilmu2 lain itu tidak penting….nasihatnya…..bersahabatlah dan belajarlah dari ustaz2 yang faham bhsa arab(kitab arab) dan faham kalam2 ulama yang mengajar supaya aku juga turut mendapat faedahnya….dia berikan analogi yang cukup baik…..”cuba bayangkan nnti bila kita sudah bekerja….enta doktor…ana atau sahabat ana dari Al-Azhar mungkin jadi ustaz atau mufti…kehidupan enta sbg doktor sudah semestinya tidak dapat lari dari masalah yang berkaitan hukum hakam agama..jadi bukan ke mudah kalau enta ada sahabat yang memang belajar dan mendalami agama…begitu juga dgn kami…sakit sudah semestinya hadir dalam hidup kami atau ahli keluarga kami…bukankah senang dan menjimatkan kalau kami ada sahabat yang bergelar doktor…”kalau di sini pun..aku  sudah rasa cukup bertuah ada sahabat dan guru yang mendalami ilmu agama dgn ulama dan para masyaikh di al-azhar…..kerana sebarang persoalan yang berkaitan hukum hakam dapat aku ajukan kepada mereka secara terus…tambahan lagi di Malaysia nanti…tentu bnyak persolan yang menghantui kita dalam keadaan Negara kita kekurangan tenaga pakar dalam hal ehwal agama…




Sekarang…hampir lima tahun aku berada di bumi anbiya’ ini…insya allah tinggal lagi setahun lebih masa yang tinggal untuk aku di sni....bila aku muhasabah tentang apa yang telah aku dapat di sini..rupanya banyak lagi mutiara yang aku tidak temui dan miliki….aku selalu berpesan kepada junior yang msh pnjang perjalanan mereka di sini..manfaatkanlah keberadaan mereka di sini dgn sebaiknya..pesanan ini jugakla yang aku dpt dari senior2 dulu..namun kelalaian aku membuatkan aku menyesal ketika waktu cukup suntuk utk aku disini….bersahabatlah dgn guru-guru yang akan membantu kalian nnti..bilangan mereka makin sedikit..jgn sia-siakn peluang ini utk bljar dan amik sesuatu dari mereka…jgn kalian menyesal spt apa yang aku rasa skrang ini…aku berdoa agar masa yang berbaki ini dpt aku manfaatkan sebaiknya….di akhir2 ini baru aku rasai nikmat berguru dgn syeikh arab…walaupun aku tak betul-betul faham apa yang di ajarkannya..akan tetapi ada manfaat  dan kemanisan yang aku rasai…jgnlah kalian terlambat seperti aku…carilah guru dan belajarlah…nescaya nnt kalian akan rasa nikmat dan kemanisannya…ya allah..berkatilah masa kami di sini…sesungguhnya kami hambamu yang sentiasa lalai dan berada dalam kerugian….muhasabah utk kita bersama…..

Thursday, January 20, 2011


                                   KENANGANKU DI BUMI ANBIYA'.....


       Sumber....www.jihadislami.blogspot.com..........(Selasa:13 Oktober 2009)..


Kelmarin, ketika kami mengatur diri untuk melangkah ke medan siasah,sebagai pendengar kepada sang murabbi yang hadir dari malaysia,memberi pengisian rohani demi memahami erti perjuangan,kami didentumkan dengan berita mengejutkan.Hari itu,seperti biasa,bila sahaja mendengar murabbi perjuangan hadir dibumi mesir untuk bersama rakyat,maka diri ini jarang ketinggalan untuk menyertai bernamij pengisian seperti tersebut.


Berita sampai dari sang pejuang yang prihatin dalam perjuangan,telah mengSMSkan maklumat bahawa akan berlangsung ceramah dari salah seorang ahli parlimen pakatan rakyat didataran asyir.Beliau ialah yang berbahagia Tuan Guru Taib Azamuddin,siapa yang tidak kenal beliau? (bekas imam masjid negara yang kini telah menjadi wakil kepada rakyat diparlimen, mewakili parlimen Baling kedah),dan seorang lagi penceramah iaitu U. Fauzan Bin Mazlan Exco pemuda PAS negeri selangor,yang juga merupakan rakan seperjuangan kami dimesir seketika dahulu.

Kami mula bergerak bertolak ke kaherah untuk bersama didalam barnamij tersebut seawal magrib,usai solat magrib,kami berkumpul didepan imarah kami,imarah baba ku, Market Al-itraby center (yang sedia ma'ruf sebagai pusat pengumpulan).Cumanya,pemergian kami untuk kemajlis tersebut terpisah kerana takdir tidak mengizinkan kami bersama hari itu,kebetulan ada sebilangan akhwat yang ingin ikut serta bersama didalam barnamij tersebut,kami mula menyusun langkah untuk mengatur perjalanan kami,agar kami sampai kesemuanya ditempat yang hendak dituju.aku dan isteriku serta dua orang lagi sahabat mengepalai tremko akhwat untuk ke majlis,manakala sahabat yang lain berpecah untuk tujuan yang sama.sebelum bertolak,masing-masing bertegur sapa, aku bertanya "syam anta dan kalian semua nak kemana?" mereka menjawab " nak gie jalan-jalan qaumiah" jawab balas gurauan mereka.Mereka terus bertolak,hinggalah hilang banyang-bayang mereka dari penglihatan kami.Doa ku dan rakan-rakan "moga semua selamat sampai dan selamat kembali" dan seterusnya kami satu tremko/van pun bertolak ke tempat tujuan.

Dalam perjalanan sekitar hampir satu jam perjalanan,telfone berdering,aku tidak sedar,telefone ku berdering,deringan tersebut terus pula ke handfone sahabat ku.Dimaklumkan kepada kami,tremko sahabat kami(7 orang)telah menghadapi kemalangan.Aku merasa tidak sedap hati,lalu mengambil handfone bimbitku,dan ternyata ada misscall dari sahabat disana,hidayat yang cuba call tadi,terdetik dihati ini "hidayat dan rakan-rakan lain kemalangan".terus aku membuat panggilan kembali kepada hidayat,ternyata sekali ia benar,hidayat menjawab dalam keadaan bergetar-getar.terbayang dibenak fikiranku, "adakah mereka tertimpa musibah yang berat.."aku terus bertanya kepada hidayat"macam mana hidayat?anta macam mana?yang lain?" hidayat menjawab "kami exsident,ana tengah pening-pening ni,yang lain luka-luka,syam tak sedar dan berdarah,embulans tengah urus syam,ana cuba call ustaz tadi lepas kemalangan,tapi tak angkat".mereka kesemuanya tujuh orang pejuang bagiku,syamsul bakri,hidayat,hadi,soleh,hakim,wan zaimu,anas dzarif.ketika kami satu tremko yang sedang dalam perjalanan mendengar khabar kemalangan tersebut,kami semua rasa sayu dan sedih,tetapi kami teruskan perjalanan untuk ke medan juang bila mereka menyatakan semuanya terkawal, dalam perjalanan sambil berdoa kami mengharapkan mereka baik-baik belaka.Aku terus membuat panggilan kepada sahabat didataran,supaya mendoakan sahabat-sahabat pejuang tadi selamat.

Usai,majlis didataran,kami berangkat pulang dan terus ke mustashfa istiqbal towari untuk menyelesaikan perkara yang perlu,pengerusi dan mantan pengerusi 1 menguruskan hal dihospital dan mantan pengerusi 2(aku)menghantar akhawat dan isteriku pulang dahulu.Seawal pagi,aku hadir ke hospital dan menziarahi syamsul,ternyata jangkaan fikiran ku meleset,syam agak teruk sedikit, riak wajahnya sahaja menggambarkan dia menahan kesakitan yang kuat, moga pahala pengorbanan itu besar ganjarannya.Selepas itu terus aku bertanya sahabat yang lain,mereka berada dihospital hamdi said,khabarnya keadaan terkawal.

Didalam tremko lagi,bila mendengar berita kemalangan mereka,dihati ku terdetik dua perkara sedih dan gembira,sedihnya mereka ditimpa musibah dan kesakitan,dan gembiranya musibah yang menimpa mereka merupakan ganjaran pahala dari allah yang tidak terhingga diakhirat kelak yang akan mereka kecapi(kerana mereka hadapi bencana didalam perjaungan/jihad).Sedih dan gembira bergendang dikelopak mata.keadaan ini pernah menimpa diriku satu masa dahulu dimalaysia juga didalam perjalanan untuk ke majlis ceramah agama,teringat aku kisah lama.aku pasti,rakan-rakan yang tujuh tadi,mesti merasakan kemanisan perjuangan,walaupun berdasarkan peristiwa yang sedikit ini.Inilah kemanisan perjuangan,menang didalam perjuangan amat menggembirakan,tersungkur ditengah jalan atau terkandas, bukan erti kalah tetapi keduanya menang dialam perjuangan.Moga sahabat-sahabat yang tujuh ini cepat sembuh,khusus buat syamsul,moga anta dikurniakan kesihatan dan keimanan yang meningkat diatas peristiwa yang tertimpa,ia sekurang-kurangnya mengingatkan kita,kepada allah kita dikembalikan,tua muda bukan ukuran,harus amal baik menjadi tunggangan didalam kehidupan.



Moga syam cepat sembuh dan dapat terus berkhidmat untuk mahasiswa zagazig.anta diperlukan oleh warga zagazig dalam segenap aspek. Juga diperlukan didalam kepimpinan anta,menyambung tugas sebagai ketua perubatan....

syukran ust mumtaz di atas coretan yang akan menjadi kenangan sepanjang zaman kepada saya....

P/S: di kesempatan ini,saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat-sahabiah yang banya membantu dan berkorban untuk saya sepanjang saya terlantar di hospital sehinggalah saya di hantar pulang ke Malaysia.Semoga jasa dan pengorbanan kalian akan di ganjari dengan sebaik-baik ganjaran dari Allah swt...saya bangga ada sahabat seperti kalian semua......

Wednesday, December 22, 2010

DEDIKASI BUAT BAKAL PEMIMPIN........


Keharmonian dan ketenangan yang menyelubungi Zagazig sebelum ini seakan-akan tergugat dek kerana keriuhan dan kemeriahan di kalangan mahasiswa/wi sains perubatan di sini yang sibuk berkempen untuk memilih kepimpinan baru untuk persatuan yang sangat kita sayangi ini iaitu PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG(PCZ) bagi sesi 2011/2012…sebagai salah seorang senior yang bertanggungjawab menubuhkan PCZ di bumi Zagazig ini,sudah semestinya kami mengharapkan agar nakhoda yang bakal di pilih untuk mengemudi bahtera yang masih muda ini betul-betul  berkelayakan demi memastikan hadaf dan tujuan penubuhan pcz akan tercapai.Perkongsian ini bukan bertujuan untuk memperlekehkan sesiapa atau menyanjungi sesiapa…tapi ianya sekadar pencerahan kepada yang masih kabur ,pembetulan kepada yang bersalah dan amaran kepada yang jahil………


Soal kepimpinan bukan perkara kecil dalam Islam,kalau tidak,masakan sahabat-sahabat nabi lebih mengutamakan pengganti kepada baginda dari menguruskan jasad yang mulia….sesungguhnya Islam itu sudah sempurna,tapi kita memerlukan elemen lain untuk melaksanakan kesempurnaan tersebut…politik berpersatuan dan ketua yang faham adalah elemen yang penting di peringkat kita sekarang ini dan akan kita teruskan kepada politik kenegaraan demi memastikan Islam bukan sahaja di terima sebagai satu jaminan dalam perlembagaan,tapi mesti di laksanakan di semua peringkat kehidupan…..tidak kira siapa pun anda,bila saja anda mengaku anda muslim,tanggungjawab untuk melaksanakan kesempurnaan islam dalam kehidupan adalah kewajipan dan keperluan,bukannya pilihan dan tiada alasan….jadi,mahu tidak mahu,pcz yang kita cintai ini juga perlu melaksanakan apa yang islam tuntut walaupun ianya persatuan kepada pelajar sains kesihatan dek kerana pemimpin dan ahli secara keseluruhannya mengucap kalimah syahadatain dan adalah muslim.jadi,tidak timbul soal kenapa asyik berbicara soal islam dan perlu pembawakan islam dalam pcz kerana ianya adalah tuntutan dari yang maha kuasa,bukannya pilihan nafsu  manusia…

Sebenarnya bila islam di jadikan pembawakan dan rujukan  utama,secara tidak langsung kehendak dan keperluan yang lainnya  akan di penuhi.soal kesatuan, akademik,kebajikan,sukan,rehlah dan sebagainya akan terpelihara kerana islam merangkumi kesemuanya,ianya bukan sekadar agama,tapi adalah fitrah dan cara hidup manusia keseluruhannya…PCZ  adalah medium yang terbaik yang kita ada di bumi zagazig ini untuk memberi harapan baru kepada ahli yang tersasar ,memberi kesedaran kepada yang terlalai,memberi ruang kepada yang nak berbakti dan seterusnya yang paling penting memberi sumbangan kepada penghayatan dan pengamalan islam dalam diri mahasiswa/wi di sini.

Jadinya,pemimpin yang akan menerajui pcz mestilah faham akan tanggungjawab dan amanah yang besar dan mulia ini.apa yang penting,fikrahnya mestilah ISLAM….kenapa saya berkata begitu…Dr hadi ada ulasannya di dalam blog beliau….

Bila fikrahnya solid islam,apa jua keputusan dan tindakan akan ikut lunas-lunas yang di tetapkan oleh islam….ciri-ciri lain yang perlu ada kepada bakal pemimpin adalah kefahaman dan thaqafahnya terhadap semua ilmu khususnya ilmu berkaitan agama,akhlaknya ikut ISLAM,pakaiannya ikut ISLAM,percakapannya dan pergaulannya ikut ISLAM,senang cakap,semuanya ikut ISLAM sebab semua ada dalam islam, dari kita bangun tido,sampai kita tido semula,dari sekecil-kecil urusan,sehinggalah ke sebesar-besar urusan…factor dan keegoan akademik,senioriti,rupa paras dan ukuran lain tidak boleh di jadikan ukuran utama selagimana neraca timbangan yang di tetapkan agama tidak di penuhi…harus di ingat,semuanya akan di soal di mahkamah ALLAH nanti,tiada satu pun urusan akan terlepas…..firman ALLAH SWT…….


“MAKA DEMI TUHANMU,KAMI PASTI AKAN MENYOAL MEREKA SEMUANYA.TENTANG APA YANG MEREKA KERJAKAN DAHULU”.(al-Hijr ayat 92-93)

Sebelum kita memilih sesiapa menjadi pemimpin,pertimbangkanlah sebaiknya kerana ianya akan menjadi  salah satu dari pemberat untuk neraca mizan nanti.orang yang di pilih sudah tentunya lagi dahsyat hisabnya di hadapan Allah nanti kerana amanah dan tanggungjawab yang di pikul sangat berat.


“PADA MASA MUKA MEREKA DI BALIK-BALIKKAN DALAM NERAKA,MEREKA BERKATA(DENGAN SESALNYA):ALANGKAH BAIKNYA KALAU KAMI DAHULU(SEMASA DI DUNIA) TAAT KEPADA ALLAH SERTA TAAT KEPADA RASUL ALLAH,DAN MEREKA BERKATA LAGI:WAHAI TUHAN KAMI,SESUNGGUHNYA KAMI MEMATUHI KEHENDAK KETUA-KETUA DAN ORANG-ORANG BESAR KAMI,LALU MEREKA MENYESATKAN KAMI DARI JALAN YANG BENAR.WAHAI TUHAN KAMI,BERILAH MEREKA AZAB SENGSARA DUA KALI GANDA,DAN LAKNATKANLAH MEREKA DENGAN LAKNAT YANG SEBESAR-BESARNYA.”(al-Ahzab,66-68)

Saidina Umar juga menegaskan,


“sesiapa yang melantik pemimpin kerana harta ataupun hubungan keluarga,bukan kerana kelayakkannya,sesungguhnya dia mengkhianati Allah dan RasulNya.”

Berbeza pendapat dalam menilai seseorang adalah perkara biasa…ianya juga berlaku kepada saidina abu bakar dan saidina umar ketikamana mereka berselisih pendapat dalam memilih pemimpin untuk bani tamim…tapi adab dan punca perselisihan itu mestilah berdasarkan apa yang islam tetapkan….jadinya,penilaian anda semua mesti berdasarkan ciri yang islam nak,bukan ikut nafsu atau perasaan hasad dengki anda pada pihak lain…..kerana akhirnya……kita semua yang akan menanggung akibatnya…bukan sahaja di dunia,tapi turut di akhirat sana……

Akhirnya,sama-samalah kita berdoa agar kita semua di kurniakan pemimpin yang akan memandu kita  mencari keredhaan Illahi….tiada nikmat dan ganjaran yang lebih berharga dari syurga  di akhirat sana……moga-moga PCZ akan terus di pimpin oleh orang yang selayaknya.saya dan kawan-kawan yang lain tidak akan redha seandainya anda semua memilih pemimpin yang menggunakan PCZ untuk kepentingan pihak lain atau individu tertentu….PCZ adalah milik semua dan kita semua wajib mempertahankannya demi kepentingan bersama…dan paling penting ada sumbangan untuk ISLAM…


“KITA PCZ”

Saturday, October 9, 2010

IJTIMA' TARBAWI PERINGKAT KEBANGSAAN....

Murnikan perjuangan…Maknakan kemenangan….

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Illahi kerana dgn limpah kurnia-Nya serta  dgn nikmat-Nya,hamba-Mu yang hina ini telah diberi kesempatan utk bersama2 dgn pemuda2  yang cintakan perjuangan peninggalan baginda nabi yang mulia,iaitu utk kembali  meletakkan agama yang mulia ini di tempat yang tertinggi..bkn sekadar sbg agama rasmi sesebuah negara sahaja…tapi demi memastikan agama ini di terima dan dilaksanakan  secara menyeluruh dlm smua aspek kehidupan.utk tujuan dan matlamat yang besar ini..sudah semestinya di sana akan ada seribu satu cabaran,halangan,dugaan,mehnah dan tribulasi yang sudah menjadi sunnah bg seorang pejuang agama allah….tidak hairanla….rasul2 dan nabi2 terdahulu di ‘tarbiyah’ sedemikian rupa oleh murabbi yang paling agung yakni allah swt demi mempersiapkan diri utk tugas yang berat ini.
Tanggal 1,2 dan 3 oktober menjadi saksi yang masih ramai di kalangan pemuda2 dan pemudi2 yang cintakan agama di sebalik kerosakkan yang teruk melanda dunia.5 ribu pemuda dan pemudi berhimpun di masjid rusila,Terengganu utk satu tujuan dan matlamat,yakni utk kembali memperkasakan dan melonjakkan roh dan semangat jihad dan ianya  harus dimulai dan diterjemahkan dgn memperkukuhkan program2 tarbiyah di kalangan pejuang2 agama allah ini.Pengisian dan semangat telah di sampaikan oleh murabbi2 agung yang telah lama berjuang utk mendaulatkan agama yang kita cintai ini.Keberadaan  di sana cukup membuatkan diri ini berasa kerdil dek kerana kurangnya ilmu dan kefahaman serta lemahnya diri dlm mnghadapi sedikit ujian dr allah swt.Di sini….insan yang lemah ini ingin berkongsi sedikit  ilmu yang telah di sampaikan oleh murabbi2 yang cukup ikhlas dlm memperjuangkan agama,mudah-mudahan ada manfaat utk kita semua……

**dari ustaz Nik Zawawi dalam forum tarbawi.

katanya : "..jangan ingat lepas kita dah kalahkan musuh kita iaitu umno dalam pru-13 kita dah berjaya dan boleh bergembira, kerana bila kita memegang Malaysia, kita akan berhadapan dengan musuh yang lebih besar seperti Amerika dan sekutu-sekutunya. Maka persiapkanlah diri kita dengan tarbiyah untuk menghadapi musuh2 kita ini.."


**Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

pesanan untuk pemuda supaya mengamalkan 3 perkara ini iaitu ;

1. baca quran setiap hari

2. qimullail

3. solat dhuha


**ustaz Yahya Othman, murabbi PAS pusat

Tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya.

Pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi. Pemuda hendaklah :

1. Memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat.

2. Naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, umno akan terus memerintah.

Pesanan kepada pemuda

1. mesti berilmu

2. mesti mengamalkan ilmu

3. bercakap benar

4. bermaaf-maafan

5. baca quran

-Sertailah PAS dan jujur, ikhlas, tidak khianat


**ustaz Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden pas

Kita hendaklah bangga menjadi orang mukmin yang duduk di dalam pas

Pemuda hendaklah memastikan tidak ada satu hari berlalu tanpa membaca Al-Quran !

kunci beramal dengan quran :

1) membaca al-quran

2) melihat terjemah al-quran

3) melihat tafsir quran

4) beramal dengan al-Quran

5) istiqamah dengan Al-Quran

"tiada guna jika semua buku haraki dihafal di kepala,namun tidak ada sedikit pun sumbangan utk perjuangan menegakkan agama"...


**Khalid Mesyal (hamas, palestin)
berkata akan belajar dengan PAS atas penubuhan DHPP

-satu-satunya gerakan yang berjaya membaca politik setempat dgn baik adalah Pas kerana berjaya menarik minat non muslim utk sama2 berjuang dgn sebuah gerakan islam...


**ustaz Nasrudin Hasan At-tantawi, ketua pemuda PAS pusat

Berintima dalam pas ini ada kerana beberapa perkara. Antaranya :

1. syakhsi (peribadi) : kerana peribadi tokoh2 tertentu

2. gharawi ( kecenderungan) : kerana minat pada kopiah orang2 pas

3. istijali ( kebetulan ) : lahir dalam keluarga pas


tetapi yang paling penting adalah kerana aqidi (aqidah)

-jika betul niat kita berjuang dlm gerakan islam ini,maka apa saja aktiviti dan program yang kita lakukan adalah tarbiyah....



**ustaz Ahmad Yahya, ketua pemuda pas kedah

Tarbiyah adalah jantung, dan perlu diletakkan di tempat utama dalam organisasi.

Rahsia utama bagaimana kedah boleh menang dalam pru12 kerana kita buat post mortem pada 2004 dan mendapati bahawa tarbiyahlah kunci utama untuk menang.

Soalan untuk semua,

apa yang dirasai selepas solat?

jika kita merasa lega kerana telah menunaikan kewajipan, ianya masih tidak mencukupi.sebaliknya kita perlu merasakan ianya adalah keperluan utk kita mendekatkan diri kpd alllah...


** ustaz Zulkifli Ismail, ketua dewan ulama pas melaka

pemuda pas hendaklah menguasai :

1.fiqh marhali

2. fiqh aulawiyat

3. takzim al waqt (memuliakan waktu)

4. membelakangkan keuntungan peribadi , mazhab dan aliran serta pandangan peribadi untuk memastikan kepentingan jemaah diutamakan.


**ustazah Nuridah Salleh, ketua dewan muslimat pas pusat

Pemuda hendaklah memastikan isteri-isteri mereka tidak dibiarkan di rumah sahaja. Hendaklah memastikan isteri turut serta mengambil bahagian dan memegang jawatan dalam pas.



**Tuan Guru Dato Seri Hj Hadi, presiden pas

Abdullah b mubarak menulis surat kepada Fudhail b.Iyad, meminta supaya meninggalkan tempat beribadatnya dan pergi ke medan jihad.

Berjihad ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sanggup menghadapi dugaan/cabaran.


"Syura Didahulukan, Taqwa Diutamakan"

Hidup Islam, Hancur Jahiliyyah !


Thursday, August 19, 2010

KEPASTIAN YANG SERING DIABAIKAN....



Namanya manusia,pasti akan  ada yang tidak kena dan sempurna.Selepas baginda NABI MUHAMMAD S.A.W,tiada lagi yang berupaya mengelak dari dosa dan noda.Tetapi,dosa dan noda terlalu berleluasa sekarang kerana manusia sering terlupa kepada  azab dan seksa,syurga dan neraka..Apakah mereka lupa yang itu adalah sesuatu yang  nyata dan pasti kepada setiap makhluk yang dicipta-Nya.

Manusia sering mengejar dan mengimpikan sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya,tetapi sering terlupa atau lalai dengan apa yang pasti menjadi miliknya.Kita akan berusaha untuk sesuatu yang  masih belum pasti menjadi milik kita,namun kita sering mengabaikan sesuatu yang pasti menemui kita tidak kira di mana atau bila pun masanya.

Mumtaz,4.0 flat,A+,no.1,menjadi buruan setiap manusia.Cuba kita tanya,siapa yang tidak mahu cemerlang dalam pelajarannya mahupun kehidupan duniawinya,pasti  jawapannya sama.Begitu juga kalau kita tanya sedara seISLAM kita tentang syurga dan neraka,pastinya semua mahu ke syurga,malah SYURGA FIRDAUS menjadi idaman  kita.Baik…itu naluri semua manusia yang bergelar MUSLIM…….PERSOALANNYA?.......

Antara MUMTAZ,SYURGA DAN NERAKA,yang mana agaknya yang pasti akan kita dapat walau apa pun pengakhirannya.Tentulah jawapannya syurga dan neraka kan…mumtaz ataupun cemerlang tidak akan ada seorang pun yang berani jamin yang dia akan dapat walau SEGAGAH  mana pun dia berusaha.Tetapi syurga atau neraka pasti kita akan dapat walau SEMALAS mana pun kita berusaha untuk mendapatkannya….kerana itu janji dari yang ESA dan di sampaikan melalui BAGINDA junjungan mulia….

Cuba perhatikan di sekeliling kita,antara mumtaz dan syurga,antara  study dan neraka,antara kemewahan dan kematian,antara agama dan dunia,yang mana agaknya lebih menjadi keutamaan  bagi kita.kalaulah kita boleh study sampai bengkak2 mata hanya semata-mata untuk ijazah dan kesenangan dunia,kenapa kita tidak boleh berdiri sehingga bengkak2 kaki atau sujud sehingga bengkak2 dahi untuk keredhaan-Nya.

Baginda Nabi Muhammad S.A.W. ketika ditanya oleh Saidatina Aishah akan ibadah yang dilakukan oleh Baginda sehingga bengkak2 kaki sedangkan Baginda merupakan kekasih ALLAH dan telah  di janjikan syurga..jawapan Baginda cukup indah….”APAKAH SALAH UNTUK AKU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR”….

Kalaulah kita niatkan usaha kita itu untuk kesenangan akhirat dan kepentingan agama,tentulah ianya akan menjadi usaha yang mulia kerana ibadah dan urusan agama bukan hanya tertakhluk pada solat atau ibadah khusus lain semata-mata.Islam sebagai suatu cara hidup yang disebut sebagai AD-DIN,dari kita bangun tidur,sehinggalah kita tidur semula,semuanya diajar dan dikurniakan pahala kalau betul niat dan caranya.Oleh sebab itulah,kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dengan tuntutan agama.

DR. YUSOF AL-QARDHAWI,dalam bukunya “WAJIBUS SYABAB ALYAUM”(kewajiban remaja islam pada hari ini) menyatakan yang ISLAM tidak menuntut dari seorang pelajar  perubatan mahupun kejuruteraan untuk meninggalkan  bidang mereka hanya semata-mata untuk mempelajari ilmu agama,tapi cukuplah bagi mereka mengetahui akan hal2 dan ilmu2 agama yang mana pengetahuan tersebut cukup untuk menjernihkan akidah mereka,mampu untuk memperbetulkan ibadah mereka,dapat memperelokkan akhlak mereka dan dapat membezakan antara yang halal dan yang haram.

SAIDINA ALI R.A  pernah berkata,”BERKERJALAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA DAN BERIBADAHLAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI KEESOKAN HARINYA”……

Islam menuntut kita untuk berusaha bagi benda yang tidak pasti dan bermujahadah bagi benda yang pasti.Kedua-duanya mesti di seimbangkan,tapi kita,agak2 mana yang akan kita lebihkan.Kita sanggup berjaga malam untuk study dan assignment,tapi berapa ramai yang sanggup  berjaga malam bagi  beribadah kepada-Nya.Apa yang menyedihkan,ada di antara kita berasa puas dapat berjaga hingga ke pagi demi menyiapkan assignment,tapi tidak merasa apa2 bila subuhnya terlajak hingga ke tengahari..

Sedarilah saudara seakidahku bahawa martabat kita di sisi yang maha Esa hanya pada ketakwaan kepada-Nya,bukan pada  darjat dan pangkat habuan dunia.Tidak salah mencari kesenangan dunia,tapi biarlah paling tidaknya setanding dan sepatutnya lebih hebat usahanya  untuk kesenangan abadi di akhirat kelak.Tiada ganjaran dan kenikmatan yang lebih bermakna dan berharga selain syurga-Nya…..semoga kita semua dapat berehat di syurga…….sekian.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem

  
RAMADHAN YANG SAMA,NATIJAH YANG BERBEZA


   Salam ukhwah dan salam ramadhan buat sahabat-sahabiah khususnya  mahasiswa-mahasiswi di bumi Zagazig.Moga-moga madrasah ramadhan yang  akan kita tempuhi merupakan hari-hari terbaik yang  akan kita lalui dan sudah semestinya kita mengharapkan agar hari yang mendatang akan menatijahkan sesuatu yang paling baik buat kehidupan kita.

    Sahabat-sahabiah sekalian,

   Kita wajib bersyukur kerana masih lagi di beri ruang dan peluang oleh ALLAH S.W.T  untuk merasai dan menghayati keberkatan bulan yang paling mulia ini.Manfaatkanlah ramadhan ini dengan sebaiknya kerana kita masih belum pasti samada kita akan di beri peluang yang sama pada tahun hadapan.Seandainya ini adalah ramadhan yang terakhir bagi kita,kita mesti pastikan inilah yang terbaik yang penah kita lalui dan hayati.Baginda Nabi Muhammad SAW penah bersabda:

     “sangat malang bagi orang yang berkesempatan melalui ramadhan tetapi tidak di ampunkan dosanya”(HR: Ibnu Khuzaimah,Al Baihaqi)

     Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan paling afdal bagi umat Islam.Di dalamnya,ALLAH SWT melipat gandakan pahala bagi hamba-hambanya yang melakukan amalan kebaikan.Jadi tidak hairanlah jika orang yang betul-betul beriman sangat merindui dan sentiasa mengharapkan akan kehadiran bulan yang mulia ini.Kita sebagai hamba-Nya yang lemah sepatutnya menghidupkan bulan mulia ini dengan segala amal kebaikan dan kebajikan kerana ibadah yang di lakukan pada bulan ramadhan terutamanya ibadah puasa akan di nilai secara khusus oleh ALLAH SWT dan di beri ganjaran yang istimewa.Ini bertepatan dengan Hadis Qudsi :

      “puasa adalah untuk KU dan AKU yang kurniakan nilaian baginya”(ABU HURAIRAH R.A)


    Sabahat-sahabiah sekalian,

    Keberkatan Ramadhan  telah di buktikan dengan barlakunya beberapa peristiwa penting dalam sejarah kebangkitan dan perjuangan Umat Islam.Kita sewajarnya mengambil pengajaran dari peristriwa-peristiwa tersebut.Di antara peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam bulan yang mulia ini adalah:

1-Penurunan Al-Quran:”sesungguhnya  Kami telah menurunkan(Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar”-Surah Al-Qadr:1
2-Kewajipan berpuasa-Surah Al-Baqarah:183
3-Tercetusnya peperangan Badar Al-Kubra-Surah Al-Anfal:42
4-Pembukaan Kota Mekkah
5-Peperangan Al-Qudsiah dan peperangan Ain Jalut

Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku sepanjang bulan ramadhan.Ini membuktikan yang ibadah puasa tidak sepatutnya di jadikan alasan untuk kita berehat dari memperjuangkan agama ALLAH dan melakukan amal ibadah sebanyak-banyaknya.

    Seterusnya  mari kita lihat pula fadhilat dan kelebihan yang ALLAH SWT kurniakan kepada hamba-Nya  yang menghayati dan meghidupkan madrasah ramadhan ini.Moga-moga selepas ini kita akan lebih menghargai dan melipat gandakan amalan kita di dalam bulan yang mulia ini.Antaranya ialah:

1-Puasa fardhu-daripada Abu Hurairah R.A meriwayatkan daripada Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan,maka akan di ampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”

2-Malam Lailatul Qadar-Surah Al-Qadr:1-5 menerangkan akan kelebihan malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
3-Di turunkan Al-Quran-Surah Al-Baqarah:185
4-Pintu-pintu langit di buka,pintu-pintu neraka di tutup dan syaitan di belenggu-Abu Hurairah RA berkata,Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Apabila datang bulan ramadhan,maka dibuka pintu-pintu langit,dikunci(ditutup) pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu”
5-Solat terawih
6-Penghulu segala bulan-daripada At-Tabrani meriwayatkan daripada Abdullah ibn Mas’ud:

“Penghulu bagi segala bulan adalah bulan ramadhan,dan penghulu bagi segala hari adalah hari jumaat”



     Begitulah banyaknya kelebihan dan fadhilat yang ALLAH SWT kurniakan kepada hamba-hambaNya di bulan Ramadhan ini.Sama-samalah kita mengambil peluang ini dengan sebaiknya.Moga-moga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang beruntung dan berjaya.Ahlan Ya  Ramadhan……….