Wednesday, December 22, 2010

DEDIKASI BUAT BAKAL PEMIMPIN........


Keharmonian dan ketenangan yang menyelubungi Zagazig sebelum ini seakan-akan tergugat dek kerana keriuhan dan kemeriahan di kalangan mahasiswa/wi sains perubatan di sini yang sibuk berkempen untuk memilih kepimpinan baru untuk persatuan yang sangat kita sayangi ini iaitu PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG(PCZ) bagi sesi 2011/2012…sebagai salah seorang senior yang bertanggungjawab menubuhkan PCZ di bumi Zagazig ini,sudah semestinya kami mengharapkan agar nakhoda yang bakal di pilih untuk mengemudi bahtera yang masih muda ini betul-betul  berkelayakan demi memastikan hadaf dan tujuan penubuhan pcz akan tercapai.Perkongsian ini bukan bertujuan untuk memperlekehkan sesiapa atau menyanjungi sesiapa…tapi ianya sekadar pencerahan kepada yang masih kabur ,pembetulan kepada yang bersalah dan amaran kepada yang jahil………


Soal kepimpinan bukan perkara kecil dalam Islam,kalau tidak,masakan sahabat-sahabat nabi lebih mengutamakan pengganti kepada baginda dari menguruskan jasad yang mulia….sesungguhnya Islam itu sudah sempurna,tapi kita memerlukan elemen lain untuk melaksanakan kesempurnaan tersebut…politik berpersatuan dan ketua yang faham adalah elemen yang penting di peringkat kita sekarang ini dan akan kita teruskan kepada politik kenegaraan demi memastikan Islam bukan sahaja di terima sebagai satu jaminan dalam perlembagaan,tapi mesti di laksanakan di semua peringkat kehidupan…..tidak kira siapa pun anda,bila saja anda mengaku anda muslim,tanggungjawab untuk melaksanakan kesempurnaan islam dalam kehidupan adalah kewajipan dan keperluan,bukannya pilihan dan tiada alasan….jadi,mahu tidak mahu,pcz yang kita cintai ini juga perlu melaksanakan apa yang islam tuntut walaupun ianya persatuan kepada pelajar sains kesihatan dek kerana pemimpin dan ahli secara keseluruhannya mengucap kalimah syahadatain dan adalah muslim.jadi,tidak timbul soal kenapa asyik berbicara soal islam dan perlu pembawakan islam dalam pcz kerana ianya adalah tuntutan dari yang maha kuasa,bukannya pilihan nafsu  manusia…

Sebenarnya bila islam di jadikan pembawakan dan rujukan  utama,secara tidak langsung kehendak dan keperluan yang lainnya  akan di penuhi.soal kesatuan, akademik,kebajikan,sukan,rehlah dan sebagainya akan terpelihara kerana islam merangkumi kesemuanya,ianya bukan sekadar agama,tapi adalah fitrah dan cara hidup manusia keseluruhannya…PCZ  adalah medium yang terbaik yang kita ada di bumi zagazig ini untuk memberi harapan baru kepada ahli yang tersasar ,memberi kesedaran kepada yang terlalai,memberi ruang kepada yang nak berbakti dan seterusnya yang paling penting memberi sumbangan kepada penghayatan dan pengamalan islam dalam diri mahasiswa/wi di sini.

Jadinya,pemimpin yang akan menerajui pcz mestilah faham akan tanggungjawab dan amanah yang besar dan mulia ini.apa yang penting,fikrahnya mestilah ISLAM….kenapa saya berkata begitu…Dr hadi ada ulasannya di dalam blog beliau….

Bila fikrahnya solid islam,apa jua keputusan dan tindakan akan ikut lunas-lunas yang di tetapkan oleh islam….ciri-ciri lain yang perlu ada kepada bakal pemimpin adalah kefahaman dan thaqafahnya terhadap semua ilmu khususnya ilmu berkaitan agama,akhlaknya ikut ISLAM,pakaiannya ikut ISLAM,percakapannya dan pergaulannya ikut ISLAM,senang cakap,semuanya ikut ISLAM sebab semua ada dalam islam, dari kita bangun tido,sampai kita tido semula,dari sekecil-kecil urusan,sehinggalah ke sebesar-besar urusan…factor dan keegoan akademik,senioriti,rupa paras dan ukuran lain tidak boleh di jadikan ukuran utama selagimana neraca timbangan yang di tetapkan agama tidak di penuhi…harus di ingat,semuanya akan di soal di mahkamah ALLAH nanti,tiada satu pun urusan akan terlepas…..firman ALLAH SWT…….


“MAKA DEMI TUHANMU,KAMI PASTI AKAN MENYOAL MEREKA SEMUANYA.TENTANG APA YANG MEREKA KERJAKAN DAHULU”.(al-Hijr ayat 92-93)

Sebelum kita memilih sesiapa menjadi pemimpin,pertimbangkanlah sebaiknya kerana ianya akan menjadi  salah satu dari pemberat untuk neraca mizan nanti.orang yang di pilih sudah tentunya lagi dahsyat hisabnya di hadapan Allah nanti kerana amanah dan tanggungjawab yang di pikul sangat berat.


“PADA MASA MUKA MEREKA DI BALIK-BALIKKAN DALAM NERAKA,MEREKA BERKATA(DENGAN SESALNYA):ALANGKAH BAIKNYA KALAU KAMI DAHULU(SEMASA DI DUNIA) TAAT KEPADA ALLAH SERTA TAAT KEPADA RASUL ALLAH,DAN MEREKA BERKATA LAGI:WAHAI TUHAN KAMI,SESUNGGUHNYA KAMI MEMATUHI KEHENDAK KETUA-KETUA DAN ORANG-ORANG BESAR KAMI,LALU MEREKA MENYESATKAN KAMI DARI JALAN YANG BENAR.WAHAI TUHAN KAMI,BERILAH MEREKA AZAB SENGSARA DUA KALI GANDA,DAN LAKNATKANLAH MEREKA DENGAN LAKNAT YANG SEBESAR-BESARNYA.”(al-Ahzab,66-68)

Saidina Umar juga menegaskan,


“sesiapa yang melantik pemimpin kerana harta ataupun hubungan keluarga,bukan kerana kelayakkannya,sesungguhnya dia mengkhianati Allah dan RasulNya.”

Berbeza pendapat dalam menilai seseorang adalah perkara biasa…ianya juga berlaku kepada saidina abu bakar dan saidina umar ketikamana mereka berselisih pendapat dalam memilih pemimpin untuk bani tamim…tapi adab dan punca perselisihan itu mestilah berdasarkan apa yang islam tetapkan….jadinya,penilaian anda semua mesti berdasarkan ciri yang islam nak,bukan ikut nafsu atau perasaan hasad dengki anda pada pihak lain…..kerana akhirnya……kita semua yang akan menanggung akibatnya…bukan sahaja di dunia,tapi turut di akhirat sana……

Akhirnya,sama-samalah kita berdoa agar kita semua di kurniakan pemimpin yang akan memandu kita  mencari keredhaan Illahi….tiada nikmat dan ganjaran yang lebih berharga dari syurga  di akhirat sana……moga-moga PCZ akan terus di pimpin oleh orang yang selayaknya.saya dan kawan-kawan yang lain tidak akan redha seandainya anda semua memilih pemimpin yang menggunakan PCZ untuk kepentingan pihak lain atau individu tertentu….PCZ adalah milik semua dan kita semua wajib mempertahankannya demi kepentingan bersama…dan paling penting ada sumbangan untuk ISLAM…


“KITA PCZ”