Thursday, August 19, 2010

KEPASTIAN YANG SERING DIABAIKAN....



Namanya manusia,pasti akan  ada yang tidak kena dan sempurna.Selepas baginda NABI MUHAMMAD S.A.W,tiada lagi yang berupaya mengelak dari dosa dan noda.Tetapi,dosa dan noda terlalu berleluasa sekarang kerana manusia sering terlupa kepada  azab dan seksa,syurga dan neraka..Apakah mereka lupa yang itu adalah sesuatu yang  nyata dan pasti kepada setiap makhluk yang dicipta-Nya.

Manusia sering mengejar dan mengimpikan sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya,tetapi sering terlupa atau lalai dengan apa yang pasti menjadi miliknya.Kita akan berusaha untuk sesuatu yang  masih belum pasti menjadi milik kita,namun kita sering mengabaikan sesuatu yang pasti menemui kita tidak kira di mana atau bila pun masanya.

Mumtaz,4.0 flat,A+,no.1,menjadi buruan setiap manusia.Cuba kita tanya,siapa yang tidak mahu cemerlang dalam pelajarannya mahupun kehidupan duniawinya,pasti  jawapannya sama.Begitu juga kalau kita tanya sedara seISLAM kita tentang syurga dan neraka,pastinya semua mahu ke syurga,malah SYURGA FIRDAUS menjadi idaman  kita.Baik…itu naluri semua manusia yang bergelar MUSLIM…….PERSOALANNYA?.......

Antara MUMTAZ,SYURGA DAN NERAKA,yang mana agaknya yang pasti akan kita dapat walau apa pun pengakhirannya.Tentulah jawapannya syurga dan neraka kan…mumtaz ataupun cemerlang tidak akan ada seorang pun yang berani jamin yang dia akan dapat walau SEGAGAH  mana pun dia berusaha.Tetapi syurga atau neraka pasti kita akan dapat walau SEMALAS mana pun kita berusaha untuk mendapatkannya….kerana itu janji dari yang ESA dan di sampaikan melalui BAGINDA junjungan mulia….

Cuba perhatikan di sekeliling kita,antara mumtaz dan syurga,antara  study dan neraka,antara kemewahan dan kematian,antara agama dan dunia,yang mana agaknya lebih menjadi keutamaan  bagi kita.kalaulah kita boleh study sampai bengkak2 mata hanya semata-mata untuk ijazah dan kesenangan dunia,kenapa kita tidak boleh berdiri sehingga bengkak2 kaki atau sujud sehingga bengkak2 dahi untuk keredhaan-Nya.

Baginda Nabi Muhammad S.A.W. ketika ditanya oleh Saidatina Aishah akan ibadah yang dilakukan oleh Baginda sehingga bengkak2 kaki sedangkan Baginda merupakan kekasih ALLAH dan telah  di janjikan syurga..jawapan Baginda cukup indah….”APAKAH SALAH UNTUK AKU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR”….

Kalaulah kita niatkan usaha kita itu untuk kesenangan akhirat dan kepentingan agama,tentulah ianya akan menjadi usaha yang mulia kerana ibadah dan urusan agama bukan hanya tertakhluk pada solat atau ibadah khusus lain semata-mata.Islam sebagai suatu cara hidup yang disebut sebagai AD-DIN,dari kita bangun tidur,sehinggalah kita tidur semula,semuanya diajar dan dikurniakan pahala kalau betul niat dan caranya.Oleh sebab itulah,kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dengan tuntutan agama.

DR. YUSOF AL-QARDHAWI,dalam bukunya “WAJIBUS SYABAB ALYAUM”(kewajiban remaja islam pada hari ini) menyatakan yang ISLAM tidak menuntut dari seorang pelajar  perubatan mahupun kejuruteraan untuk meninggalkan  bidang mereka hanya semata-mata untuk mempelajari ilmu agama,tapi cukuplah bagi mereka mengetahui akan hal2 dan ilmu2 agama yang mana pengetahuan tersebut cukup untuk menjernihkan akidah mereka,mampu untuk memperbetulkan ibadah mereka,dapat memperelokkan akhlak mereka dan dapat membezakan antara yang halal dan yang haram.

SAIDINA ALI R.A  pernah berkata,”BERKERJALAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA DAN BERIBADAHLAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI KEESOKAN HARINYA”……

Islam menuntut kita untuk berusaha bagi benda yang tidak pasti dan bermujahadah bagi benda yang pasti.Kedua-duanya mesti di seimbangkan,tapi kita,agak2 mana yang akan kita lebihkan.Kita sanggup berjaga malam untuk study dan assignment,tapi berapa ramai yang sanggup  berjaga malam bagi  beribadah kepada-Nya.Apa yang menyedihkan,ada di antara kita berasa puas dapat berjaga hingga ke pagi demi menyiapkan assignment,tapi tidak merasa apa2 bila subuhnya terlajak hingga ke tengahari..

Sedarilah saudara seakidahku bahawa martabat kita di sisi yang maha Esa hanya pada ketakwaan kepada-Nya,bukan pada  darjat dan pangkat habuan dunia.Tidak salah mencari kesenangan dunia,tapi biarlah paling tidaknya setanding dan sepatutnya lebih hebat usahanya  untuk kesenangan abadi di akhirat kelak.Tiada ganjaran dan kenikmatan yang lebih bermakna dan berharga selain syurga-Nya…..semoga kita semua dapat berehat di syurga…….sekian.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem

  
RAMADHAN YANG SAMA,NATIJAH YANG BERBEZA


   Salam ukhwah dan salam ramadhan buat sahabat-sahabiah khususnya  mahasiswa-mahasiswi di bumi Zagazig.Moga-moga madrasah ramadhan yang  akan kita tempuhi merupakan hari-hari terbaik yang  akan kita lalui dan sudah semestinya kita mengharapkan agar hari yang mendatang akan menatijahkan sesuatu yang paling baik buat kehidupan kita.

    Sahabat-sahabiah sekalian,

   Kita wajib bersyukur kerana masih lagi di beri ruang dan peluang oleh ALLAH S.W.T  untuk merasai dan menghayati keberkatan bulan yang paling mulia ini.Manfaatkanlah ramadhan ini dengan sebaiknya kerana kita masih belum pasti samada kita akan di beri peluang yang sama pada tahun hadapan.Seandainya ini adalah ramadhan yang terakhir bagi kita,kita mesti pastikan inilah yang terbaik yang penah kita lalui dan hayati.Baginda Nabi Muhammad SAW penah bersabda:

     sangat malang bagi orang yang berkesempatan melalui ramadhan tetapi tidak di ampunkan dosanya”(HR: Ibnu Khuzaimah,Al Baihaqi)

     Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan paling afdal bagi umat Islam.Di dalamnya,ALLAH SWT melipat gandakan pahala bagi hamba-hambanya yang melakukan amalan kebaikan.Jadi tidak hairanlah jika orang yang betul-betul beriman sangat merindui dan sentiasa mengharapkan akan kehadiran bulan yang mulia ini.Kita sebagai hamba-Nya yang lemah sepatutnya menghidupkan bulan mulia ini dengan segala amal kebaikan dan kebajikan kerana ibadah yang di lakukan pada bulan ramadhan terutamanya ibadah puasa akan di nilai secara khusus oleh ALLAH SWT dan di beri ganjaran yang istimewa.Ini bertepatan dengan Hadis Qudsi :

      “puasa adalah untuk KU dan AKU yang kurniakan nilaian baginya”(ABU HURAIRAH R.A)


    Sabahat-sahabiah sekalian,

    Keberkatan Ramadhan  telah di buktikan dengan barlakunya beberapa peristiwa penting dalam sejarah kebangkitan dan perjuangan Umat Islam.Kita sewajarnya mengambil pengajaran dari peristriwa-peristiwa tersebut.Di antara peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam bulan yang mulia ini adalah:

1-Penurunan Al-Quran:”sesungguhnya  Kami telah menurunkan(Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar”-Surah Al-Qadr:1
2-Kewajipan berpuasa-Surah Al-Baqarah:183
3-Tercetusnya peperangan Badar Al-Kubra-Surah Al-Anfal:42
4-Pembukaan Kota Mekkah
5-Peperangan Al-Qudsiah dan peperangan Ain Jalut

Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang berlaku sepanjang bulan ramadhan.Ini membuktikan yang ibadah puasa tidak sepatutnya di jadikan alasan untuk kita berehat dari memperjuangkan agama ALLAH dan melakukan amal ibadah sebanyak-banyaknya.

    Seterusnya  mari kita lihat pula fadhilat dan kelebihan yang ALLAH SWT kurniakan kepada hamba-Nya  yang menghayati dan meghidupkan madrasah ramadhan ini.Moga-moga selepas ini kita akan lebih menghargai dan melipat gandakan amalan kita di dalam bulan yang mulia ini.Antaranya ialah:

1-Puasa fardhu-daripada Abu Hurairah R.A meriwayatkan daripada Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan,maka akan di ampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”

2-Malam Lailatul Qadar-Surah Al-Qadr:1-5 menerangkan akan kelebihan malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
3-Di turunkan Al-Quran-Surah Al-Baqarah:185
4-Pintu-pintu langit di buka,pintu-pintu neraka di tutup dan syaitan di belenggu-Abu Hurairah RA berkata,Nabi Muhammad SAW bersabda:
Apabila datang bulan ramadhan,maka dibuka pintu-pintu langit,dikunci(ditutup) pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu”
5-Solat terawih
6-Penghulu segala bulan-daripada At-Tabrani meriwayatkan daripada Abdullah ibn Mas’ud:

“Penghulu bagi segala bulan adalah bulan ramadhan,dan penghulu bagi segala hari adalah hari jumaat”



     Begitulah banyaknya kelebihan dan fadhilat yang ALLAH SWT kurniakan kepada hamba-hambaNya di bulan Ramadhan ini.Sama-samalah kita mengambil peluang ini dengan sebaiknya.Moga-moga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang beruntung dan berjaya.Ahlan Ya  Ramadhan……….