Thursday, August 19, 2010

KEPASTIAN YANG SERING DIABAIKAN....



Namanya manusia,pasti akan  ada yang tidak kena dan sempurna.Selepas baginda NABI MUHAMMAD S.A.W,tiada lagi yang berupaya mengelak dari dosa dan noda.Tetapi,dosa dan noda terlalu berleluasa sekarang kerana manusia sering terlupa kepada  azab dan seksa,syurga dan neraka..Apakah mereka lupa yang itu adalah sesuatu yang  nyata dan pasti kepada setiap makhluk yang dicipta-Nya.

Manusia sering mengejar dan mengimpikan sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya,tetapi sering terlupa atau lalai dengan apa yang pasti menjadi miliknya.Kita akan berusaha untuk sesuatu yang  masih belum pasti menjadi milik kita,namun kita sering mengabaikan sesuatu yang pasti menemui kita tidak kira di mana atau bila pun masanya.

Mumtaz,4.0 flat,A+,no.1,menjadi buruan setiap manusia.Cuba kita tanya,siapa yang tidak mahu cemerlang dalam pelajarannya mahupun kehidupan duniawinya,pasti  jawapannya sama.Begitu juga kalau kita tanya sedara seISLAM kita tentang syurga dan neraka,pastinya semua mahu ke syurga,malah SYURGA FIRDAUS menjadi idaman  kita.Baik…itu naluri semua manusia yang bergelar MUSLIM…….PERSOALANNYA?.......

Antara MUMTAZ,SYURGA DAN NERAKA,yang mana agaknya yang pasti akan kita dapat walau apa pun pengakhirannya.Tentulah jawapannya syurga dan neraka kan…mumtaz ataupun cemerlang tidak akan ada seorang pun yang berani jamin yang dia akan dapat walau SEGAGAH  mana pun dia berusaha.Tetapi syurga atau neraka pasti kita akan dapat walau SEMALAS mana pun kita berusaha untuk mendapatkannya….kerana itu janji dari yang ESA dan di sampaikan melalui BAGINDA junjungan mulia….

Cuba perhatikan di sekeliling kita,antara mumtaz dan syurga,antara  study dan neraka,antara kemewahan dan kematian,antara agama dan dunia,yang mana agaknya lebih menjadi keutamaan  bagi kita.kalaulah kita boleh study sampai bengkak2 mata hanya semata-mata untuk ijazah dan kesenangan dunia,kenapa kita tidak boleh berdiri sehingga bengkak2 kaki atau sujud sehingga bengkak2 dahi untuk keredhaan-Nya.

Baginda Nabi Muhammad S.A.W. ketika ditanya oleh Saidatina Aishah akan ibadah yang dilakukan oleh Baginda sehingga bengkak2 kaki sedangkan Baginda merupakan kekasih ALLAH dan telah  di janjikan syurga..jawapan Baginda cukup indah….”APAKAH SALAH UNTUK AKU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR”….

Kalaulah kita niatkan usaha kita itu untuk kesenangan akhirat dan kepentingan agama,tentulah ianya akan menjadi usaha yang mulia kerana ibadah dan urusan agama bukan hanya tertakhluk pada solat atau ibadah khusus lain semata-mata.Islam sebagai suatu cara hidup yang disebut sebagai AD-DIN,dari kita bangun tidur,sehinggalah kita tidur semula,semuanya diajar dan dikurniakan pahala kalau betul niat dan caranya.Oleh sebab itulah,kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dengan tuntutan agama.

DR. YUSOF AL-QARDHAWI,dalam bukunya “WAJIBUS SYABAB ALYAUM”(kewajiban remaja islam pada hari ini) menyatakan yang ISLAM tidak menuntut dari seorang pelajar  perubatan mahupun kejuruteraan untuk meninggalkan  bidang mereka hanya semata-mata untuk mempelajari ilmu agama,tapi cukuplah bagi mereka mengetahui akan hal2 dan ilmu2 agama yang mana pengetahuan tersebut cukup untuk menjernihkan akidah mereka,mampu untuk memperbetulkan ibadah mereka,dapat memperelokkan akhlak mereka dan dapat membezakan antara yang halal dan yang haram.

SAIDINA ALI R.A  pernah berkata,”BERKERJALAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA DAN BERIBADAHLAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI KEESOKAN HARINYA”……

Islam menuntut kita untuk berusaha bagi benda yang tidak pasti dan bermujahadah bagi benda yang pasti.Kedua-duanya mesti di seimbangkan,tapi kita,agak2 mana yang akan kita lebihkan.Kita sanggup berjaga malam untuk study dan assignment,tapi berapa ramai yang sanggup  berjaga malam bagi  beribadah kepada-Nya.Apa yang menyedihkan,ada di antara kita berasa puas dapat berjaga hingga ke pagi demi menyiapkan assignment,tapi tidak merasa apa2 bila subuhnya terlajak hingga ke tengahari..

Sedarilah saudara seakidahku bahawa martabat kita di sisi yang maha Esa hanya pada ketakwaan kepada-Nya,bukan pada  darjat dan pangkat habuan dunia.Tidak salah mencari kesenangan dunia,tapi biarlah paling tidaknya setanding dan sepatutnya lebih hebat usahanya  untuk kesenangan abadi di akhirat kelak.Tiada ganjaran dan kenikmatan yang lebih bermakna dan berharga selain syurga-Nya…..semoga kita semua dapat berehat di syurga…….sekian.

No comments:

Post a Comment