Sunday, November 27, 2011

PERUTUSAN HIJRAH...MURSYIDUL AM PAS......



“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

– Surah al-Nisa’ ayat 100


Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT.

Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah.

Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar

Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.

Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara.

Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT.

Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.

Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya. Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah.

Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam. Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak di pertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda.

Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai. Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat.

Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia. Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT. Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT.

Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it’am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi.

Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini.

Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah.


Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Al-Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Bertarikh: 28 Zulhijjah 1433H.

Sunday, October 9, 2011


Kembara Khazanah Ulama di Mesir - Ammi oh ammi

TUESDAY, AUGUST 25, 2009


Ini adalah catatan dan perkongsian yang aku kira cukup berharga untuk kita jadikan sebagai panduan dan motivasi dari seorang abg yang cukup aku kagumi.........."carilah mutiara di sebalik pepasir yang melata di bumi bertuah ini".....ini pesanan awal nya kepada aku kira-kira 5 tahun lepas......maafkan aku.....kerana mungkin selama ini aku mengabaikan nasihat dan pesananmu.....sungguh.. aku perlukan nasihat dan bimbingan seorang abg dan guru seperti kamu......jangan pernah berhenti dari menasihati dan mendoakan kami.......doktorummah ini lahir hasil dari inspirasi kamu......ulamaummah.......syukran abg muhaimin mustapha......
Inisiatif golongan tertentu melambakkan pelajar Malaysia yang belajar perubatan di Mesir ada pro dan kontranya. Pertambahan mendadak bermula 3 tahun yang lepas memberi impak besar kepada sistem asal pengajian di sini.
Dahulunya pelajar yang datang tidak kira berlatarbelakangkan pengajian agama dan bahasa Arab atau sifar bahasa Arab terpaksa berjuang untuk memahami ‘Bahasa Mesir’ sebagai medium komunikasi dan ilmu.

Saya gunakkan istilah ‘Bahasa Mesir’ kerana walaupun berbahasa Arab, tetapi mereka secara umumnya berbahasa pasar. Sukar untuk memahami bicara mereka sekalipun pelajar yang mempunyai asas Bahasa Arab fushah.

Saya sendiri walaupun 6 tahun di Maahad Muhammadi Lelaki, kali pertama di dewan kuliah seumpama mendengar pensyarah berbahasa Hindustan. Setahun saya bersabar di dewan kuliah dengan faham dan tidak, dicampur pula tabiat saya yang suka tidur dalam dewan kuliah akhir membuahkan hasil.

Masuk ke tahun 2 pengajian, alhamdulillah saya sudah mula mampu memahami isi kuliah yang disampaikan pensyarah dengan baik. Pun begitu saya akui sehinggalah tamat pengajian penguasaan bahasa Arab saya tidak lah berapa baik, tetapi cukup untuk survive di Mesir.

Kisahnya sama dengan kelas pertama Syeikh Ali Jumaah yang saya hadiri di Masjid Sultan Hassan. Ketika itu Syeikh Ali Jumaah belum lagi menjadi Mufti Mesir. Hampir keseluruhan isi kelas pengajian fekahnya berpandukan kitab Zubab tidak saya fahami.

Memori pertama kali dihalaqah ini cukup saya ingat memandangakan sebanyak-banyak perkara yang diajar hanya perihal menyentuh berkenaan pinjam meminjam barang sahaja yang saya fahami. Baki isinya yang lain tidak saya fahami lantaran bahasa pasar yang digunakan oleh beliau.

Anologinya seolah-olah orang KL mendengar percakapan orang Kelantan.

Itu antara secebis cabaran berbahasa yang saya hadapi apabila berada di Mesir. Belum lagi saya datangkan masam manis dalam komunikasi dengan rakan-rakan dan masyarakat di sini yang sangat mencabar.

Sengaja saya datangakan kepayahan saya untuk memahami bahasa di Mesir sebagai satu cabaran kepada adik-adik yang masih berada di sana. Kehadiran pelajar-pelajar Perubatan dalam kuantiti yang ramai bermula 3 tahun lalu menyaksikan beberapa unversiti di sini mengambil inisiatif mengasingkan antara pelajar Malaysia dengan pelajar-pelajar arab yang lain.

Mereka diajar dengan menggunakkan medium perantaraan Bahasa Inggeris seratus peratus. Ini secara tidak langsung memudahkan pemahaman mereka terhadap isi kuliah tetapi menghasilkan segelintir pelajar yang manja, malas dan benci untuk mempelajari bahasa ammi (pasar) Mesir.

Seringkali saya utarakan kepada adik-adik di sana supaya mengisi masa cuti atupun sekurang-kurangnya seminggu sekali agar menghadiri kelas-kelas pengajian kitab di Masjid Azhar atupun sekitarnya. Tetapi jawapan yang biasa saya terima adalah isu tidak faham apa yang diajar.

Jawapan sebegini mungkin boleh dijadikan alasan sekiranya diberikan oleh pelajar tahun 1, namun amat menyedihkan bila ianya masih manjadi ‘zikir’ bagi yang sudah berada di sana dua atau tiga tahun.

‘Daripada tidak faham baik saya belajar dengan ustaz-ustaz Melayu.’

Ini juga salah satu alasan yang sering diberikan. Sama sekali saya tidak merendahkan kreadibiliti ustaz-ustaz Melayu di Mesir. Saya sendiri belajar daripada mereka.

Siapa yang mampu menyangkal kehebatan Ustaz Hairul Nizam, Ustaz Syed Abdul Kadir, Ustaz Abdul Razak, Ustaz Tuan Syarifuddin dan ramai lagi tidak mampu saya sebutkan di sini. Namun saya percaya mereka juga akan menyarankan perkara yang sama. belajarlah dengan Syeikh Arab di samping bersama-sama dengan ustaz-ustaz Melayu.

Amat rugi apabila kita berada dilautan emas tatapi tidak mengambilnya walau sedikit. Ramai yang menjadikan alasan sukar ke tempat pengajian dan bahasa yang tidak difahami akhirnya lebih nampak permata di seberang laut tidak gajah didepan mata.

Timbullah isu ingin bertalaqi di Syiria dan Yaman apabila tibu musim cuti kerana lokasi pengajian yang mudah diaksess dan bahasa fushah yang digunakan. Hakikatnya ramai yang melancong dan pulang ke Malaysia apabila cuti menjelang.

Saya akan panjangkan isu bahasa ini dalam entri mendatang…..
.
Teringat saya kisah Zulqarnain yang cuba memahami kehendak satu kaum yang hampir-hampir tidak difahami bahasa mereka olehnya. Alasan bahasa mampu diketepikan Zulqarnain sehingga beliau mampu memenuhi permintaan kaum tersebuat agar dibina tembok pemisah antara mereka dengan Yakjuj dan Makjuj. 
.
حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ بَيۡنَ ٱلسَّدَّيۡنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوۡمً۬ا لَّا يَكَادُونَ يَفۡقَهُونَ
قَوۡلاً۬ 

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
(Surah al-Kahfi ayat 93)

Monday, September 19, 2011

BIAH SOLEHAH YANG AKAN AKU RINDUI.........



Persolan yang cukup sukar utk di jawab bilamana aku di tanya tentang kelebihan belajar di Mesir,baik Perubatan mahupun Pengajian Islam…kalau dulu sewaktu aku berkunjung ke sekolah-sekolah ataupun berbual dgn adik-adik bagi mempromosikan Mesir sbg destinasi tepat utk menyambung pengajian…teori yang selalu di guna pakai akan aku syarahkan dgn panjang lebar kerana itu memang kelebihan aku semenjak dari bangku sekolah lagi….hakikatnya aku pun tak  betul-betul pasti dgn teori tersebut…


Betul ke Mesir khusunya  di bidang Perubatan lebih banyak teorinya berbanding tempat lain….itu suatu kelebihan ke kalau dalam bidang perubatan…masih menjadi tanda tanya dan persoalan utk aku sebenarnya…….teori lain yang selalu di sebut….ada peluang utk mendalami ilmu agama di Mesir di sebabkan di sini ada Al-Azhar dan ulama’2 yang hebat…ya…aku tidak menafikan…malah inilah salah satu sebab utama kenapa aku memilih utk belajar di sini walaupun aku bukan malah tidak pernah bercita-cita utk menjadi seorang doktor….orang selalu sebut terutama masyarakat di kampong….kalau balik dari mesir..tak kiralah anda pelajar perubatan atau pengajian islam…anda akan di anggap sebagai ustaz dalam erti kata tahu banyak berkenaan ilmu agama…tapi berapa banyk masa dan peluang yang kita manfaatkan utk bertalaqqi dan mendalami ilmu agama di samping ilmu perubatan yang memang menjadi keutamaan kita….tambahan kekangan dalam penguasaan bahasa arab akan membataskan cita-cita tersebut……teori-teori lain yang selalu di gunakan adalah peluang utk berdikari,boleh belajar di luar Negara,mak ayah yang suruh dan lain-lain yang kadang-kadang di cipta demi memujuk diri sendiri sebenarnya…..


Sudah hampir 5 tahun aku berkelana dan mengembara di bumi bertuah ini…..sekarang,kalau aku di tanya apa kelebihan belajar di mesir,aku hanya akan sebut kerana Biah atau suasana persekitarannya dan kali ini aku akan syarahkannya berdasarkan pengalaman…org kata kalau kita bercakap berdasarkan pengalaman,ianya akan lahir dari hati dan akan menjentik hati2 yang lain…..aku tak pasti apa org lain rasa…aku tak kisah org setuju atau tak dgn pandangan aku,tapi ini yang aku rasa…dan ini yang pastinya akan aku rindui kerana makin hari ianya makin pudar…..harapnya ianya akan kembali subur supaya generasi selepas aku juga akan turut merasai dan menikmatinya……


Alam mahasiswa,alam remaja…..satu fatrah yang cukup mencabar dan fatrah utk membina….samada binaan itu ke arah kebaikan atau sebaliknya…..kalaulah presiden Indonesia yang hebat itu boleh di gulingkan oleh suara dan kekuatan yang ada pada mahasisiwa…tidak hairanlah kalau mahasiswa ini yang nantinya akan membentuk landskap Negara bahkan tidak mustahil dunia….di alam ini bnyk bnda baru akan kita pelajari dan terokai…dan inilah yang akan menjadi bekalan ampuh di hari tua nanti……di sini kita di uji dgn ilmu yang tiada sempadannya….ilmu yang boleh menjadikan kita lebih baik ataupun sebaliknya……di sini lah kita akan membina keyakinan,ada pegangan dan pendirian serta ada hala tuju utk kehidupan seterusnya…kalau baik acuan dan binaannya di sini,maka insya allah akn baiklah kehidupan kita selepas itu…sebab itulah dalam fatrah ini,kita memerlukan suatu suasana ataupun biah yang boleh membantu kita membina diri,membina pegangan,membina jati diri dan membina kekuatan sbg bekalan utk perjalanan hidup yang seterusnya…..malangnya…..alam mahasiswa kita kini di cemari dgn budaya dan suasana yang bukannya membantu kita menjadi lebih baik,malah ada yang dari baik berubah menjadi sebaliknya…pergaulan yang tiada batasannya adalah satu lumrah bg mahaiswa-mahasiswi kita…..pelbagai alasan kita cipta utk menghalalkannya…kerja berkumpulan,kerja luar,projek,kerja persatuan,study group,group discussion dan sbgnya menjadikan kita lupa yang agama kita mengajar cara dan adab utk kita bergaul khususnya bila berlainan jantina…malah apa yang lebih membimbangkan….budaya bercouple menjadi budaya biasa dan suatu keaiban seandainya anda masih belum memiliki pasangan couple semasa di alam kampus…alasannya mudah….di sinilah tempat terbaik utk mencari pasangan yang sekufu dan setaraf dgn kita……tambah2 bilangan lelaki yang cukup sedikit di universiti meyebabkan perempuan sudah hilang sifat malunya….lelaki pula mengambil kesempatan utk pasang  2 dan 3……..aku sempat merasai suasana ini..aku juga hmpir hanyut dgn godaan ini….tapi ALLAH itu tahu mana yang terbaik utk hambanya……tanpa aku minta…aku di hantar jauh ke sini utk meneruskan fatrah yang penting utk masa depanku…iaitu fatrah sbg mahasiswa…ftrah utk mmbina diri dgn ilmu dan kekuatan khususnya jiwa……



Di sini….suasananya lebih menenangkan jiwa walupun secara zahirnya cukup membingitkan bila di kenang akan perangai dan cara hidup masyarakatnya,tapi hanya segelintir saja,banyk yang baik dan boleh menjadi contoh  yang baik kpd kita…..tapi ketenangan itu makin hari seolah-olah makin pudar dan hilang serinya…ini di akui sendiri oleh org yang lama di sini…aku turut merasainya……kalau dulu….sgt susah utk kita melihat orang brgaul melampaui batasan agama,mata juga hanya di sakiti oleh keseksian minah2 arab saja,tetapi melayunya cukup menyejukkan mata…tapi kini bukan setakat pergaulan yang  melampaui batas,malah sudah ada yang tinggal serumah walaupun tnpa hubungan yang halal…walaupun kes2 ini adalah terpencil,tapi ianya merosakkan biah solehah yang telah di bina……aku selalu berfikir,kenapa abg2 dulu walaupun bljar perubatan,tapi akhlak,gaya dan ilmu mereka berkenaan agama sdh spt pelajar pengajian islam…bila di tnya…rupanya biah solehah di sini yang membentuk mereka…..bnyknya program dari persatuan yang bukan sahaja mementingkan kecemerlangan akademik semata,malah syahsiah dan biah solehah turut di pelihara secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan dan pembinaan ahli2 di sini…walaupun ada di sana beberapa kes yang tidak sepatutnya,tapi biah solehah masih lagi menyelubungi dan menaungi mahasiswa-mahasiswi disini……di sini adalah tempat terbaik utk kita berubah…lupakan kesalahan silam yang pernah kita lalui kerana sbg manusia sudah pasti di sana         akan ada kesalahan yang kita lakukan….dalamilah agama yang kita anuti kerana di sini ada guru-gurunya……program2 di sini akan bnyk mmbntu kita khususnya pelajar perubatan utk mengenali dan mendalami agama…bnyknya diskusi kitab,usrah,pengajian,wacana dan sbg nya akan membntu kita seandainya kita memanfaatkannya…gunakanlah ruang waktu yang ada dgn sebaiknya utk menguasai ilmu perubatan khususnya dan agama amnya…..di sini kita ada kwn,guru dan suasana  masyarakat yang mmpu membentuk akhlak dan syahsiah yang mulia….tapi pilihlah yang baik sebab ada juga yang akan merosakkan kita…..budaya ilmu,pesta ibadah dan semngat ukhhwah islamiyyah ada di sini…terpulang kpd kita utk mengambil atau mengabaikannya……


Adik-adik baru dan generasi seterusnya akn tiba….harapnya nnt mereka juga akan turut merasai nikmatnya biah solehah di sini sepertimana kita rasa…kita jgn saja mengambil manfaat darinya..malah kita turut bertanggungjawab utk memelihara dan mewujudkannya…persatuan yang kita ada(PMRAM,PERUBATAN &DPM) adalah medium terbaik utk merealisasikannya…jadi sama-samalah kita menyumbang utk kepentingan bersama…..kami yang sudah tidak lama di sini pastinya akan merindui biah dan suasana di sini yang telah membantu kami menjadi manusia yang sepatutnya walaupun sbnarnya di sana msh bnyk kkurangan dan klmahan yang perlu di perbaiki sblum pulang ke malaysia…..persepsi dan harapan masyarakat cukup besar kpd kita semua…jadi brsdialah sblm wktunya tiba…..di sinilah tempat utk mlngkapkan pakej yang di perlukan oleh masyarakat Malaysia..peliharalah ukhhwah sesama kita khususnya antra bakal2 doktor dan bakal2 ulama’ kerana integrasi ini akan cukup menguntungkan agama dan Negara……di sini adalah medan terbaik utk melatih dan membina diri menjadi anak yang soleh,rakyat yang prihatin,suami yang brtanggungjawab,pekerja yang berdedikasi dan pemimpin yang hebat kerana di sini ada suasana,di sini ada ilmu,di sini ada guru,di sini ada kwn,dan di sini ada segalanya kalau kita pandai mencarinya…..




Akhirnya…moga2 kami akan bertemu lagi dgn biah solehah spt ini nanti…….utk kwn2 yang akan pulang ke Malaysia,berdoalah supaya kita akan sentiasa di pelihara dari segala fitnah dan kejahatan dunia,moga2 suasana kerja kita nnt akan membentuk kita menjadi yang terbaik….terbaik bukan hanya pada kualiti kerja,tapi juga pada akhlak dan sumbangan kita pada agama…berdoalah juga supaya kita di kurniakan pasangan yang boleh membantu kita membentuk biah yang solehah dlm berumah tangga…bagaimana mungkin utk menjadi suami atau istri yang baik kalau rumah tangganya tidak ada suasana yang solehah dan mawaddah.....ukhhwah dan hubungan yang kita bina di sini jgn di putuskan kerana ianya cukup berhrga…..sama-samalah kita berusaha utk membentuk biah solehah di Malaysia supaya sekelian rakyat dapat menikmatinya…hanya islam ada cara dan penyelesaiannya…abg2 dan guru 2 yang sudah berada di mlaysia,bimbinglah dan berilah tunjuk ajar kepada kami…..walupun setahun lebih lagi utk kami pulang ke malysia,masa itu akan berlalu dgn pantas,dan kami kena bersedia  kearah itu…..kepada adik2 di sini…teruskan perjuangan dan manfaatkan ruang dan peluang di sini sebaiknya………walaupun kita bnyk kelemahan dan kekurangan…..pastikan ada sumbangan kita utk agama walaupun ianya cuma sedikit di mata kita kerana insya allah besar di sisi-Nya kalau kena cara dan niatnya……jgn lupa senantiasa berdoa kpd Allah supaya kita semua di pelihara dan  ditetapkan hati di atas jalannya…….ya Allah hanya ada setahun lebih utk aku berada di bumi anbiya’ ini..berkatilah masa kami dgn ilmu dan aktiviti yang akn membina kami menjadi hamba yang akan sntiasa taat dan patuh pada perintahMu walau apapun halangannya…sesungguhnya kami hamba-Mu yang ckup lemah dan dhoif…bantulah kami  YA ALLAH…………………amen…………………………

Thursday, June 23, 2011

USTAZ FADHIL NOOR DALAM KENANGAN.......


                             ULAMA’ KESAYANGAN UMMAH(UST FADHIL NOOR)…..



Hari ini…23 Jun 2011….genapla 9 tahun beliau pergi menemui  Allah yang cukup beliau cintai dan patuhi..manakan tidak..hampir keseluruhan hidup,tenaga dan kudratnya di kerahkan untuk menzahirkan rasa cinta dan kasihnya kepada Rabb,Tuhan sekelian alam dengan memperjuangkan tertegaknya  sebuah daulah dan kepimpinan yang patuh pada arahan Allah dan RasulNya…supaya Islam kembali menjadi cara hidup bagi orang yang mengaku beriman kepadaNya…dan supaya Islam juga di terima baik dan di pandang mulia oleh orang yang masih belum beriman…..demi hasrat yang murni ini..beliau memilih dan seterusnya mengemudi bahtera yang di yakini mampu mendokong dan memperjuangkan cita-cita agung ini selaras dengan tuntutan dari Allah dan RasulNya….maka Jamaah Islam(PAS) dipilih  untuk merealisasikan impian yang menjadi idaman setiap pencinta agama terutamanya selepas  jatuhnya Khilafah Islam Turki Uthmaniah pada tahun 1924 di tangan kotor Mustaffa Kamal At-Tartukh….


Aku sebenarnya mula mengenali dan mengagumi PAS semasa beliau yang menjadi teraju utamanya…tambahan pula beliau adalah wakil rakyat bagi parlimen Pendang dan dun Anak Bukit…yakni kawasan tempat tinggalku….bayangkan bagaimana aku yang  pada ketika itu masih di sekolah rendah boleh meminati dan mengagumi PAS..bukannya aku pandai dan tahu sangat berkaitan dunia politik..tapi aku yakin apa yang di katakannya benar…apa yang di perjuangkannya besar..dan apa yang  di lakukannya bukan utk dirinya…tidak lain dan tidak bukan hanyalah melalui akhlaknya yang cukup baik…budak hingusan seperti aku yang tidak pernah mengenal selok- belok mainan ahli politik….tidak pernah tahu apa pentingnya malah sebenarnya apa itu politik pun aku masih kabur..tiba-tiba menjadi yakin dan sanggup bermandi peluh utk memasang bendera PAS ketika pilihanraya…sanggup berbasikal utk mendengar ceramah PAS…hanya semata-mata kagum dan yakin dengan Almarhum Ust Fadhil Nor….. tak kisahlah kalau pada ketika itu aku meminati PAS atas faktor individu…yang penting semenjak dari hari itu..aku yakin PAS adalah medan..kalau bukan sebagai pendokong pun..biarlah paling kurang sebagai penyokong untuk PAS….Moga Allah menetapkan aku di jalan ini…Amenn….


Almarhum adalah pemimpin yang cukup dekat dengan rakyat…seingat aku..dia pernah sekali ke rumah aku ketikamana ibu dan ayahku mengadakan kenduri doa selamat untuk berangkat ke tanah suci pada tahun 1998..walaupun jemputan itu hanya dari seorang rakyat biasa dari kampung yang agak terpencil…beliau tetap juga memenuhi jemputan tersebut walaupun sibuk…dari situ aku melihat betapa gembiranya kedua orang tuaku menerima kunjungan dari pemimpin kesayangan ramai itu…dari situ juga aku mendengar ramainya orang memuji susuk tubuh yang kecil itu sbg seorang pemimpin yang cukup baik….mulai dari saat itu..aku mula mengenali dan memerhatikan beliau baik semasa ceramah,kenduri-kendara,kematian penduduk kampung mahupun di  T.V…jarang sekali beliau menolak jemputan ataupun tidak hadir semasa ada kematian biarpun ianya hanya melibatkan penduduk kampung yang selalu di anak tirikan…..kehadirannya bukan atas kapasitinya sbg seorang wakil rakyat atau pemimpin yang perlu di layan dan di sambut mengikut protokol tertentu..tetapi beliau hadir dgn senyuman dan sapaan yang pasti menambat hati sesiapa yang melihatnya…beliau tidak kekok utk duduk bersila di atas tikar yang berhabuk dan berdebu bersama petani dan penoreh getah…beliau tidak jijik untuk makan setalam ataupun sehidang dgn tangan2 orang yang bermain dgn lumpur sawah dan susu getah…..dan aku yakin itu bukan lakonan…tapi itulah pemimpin kesayangan ummah….sejak itu…aku minat mendengar ceramahnya..aku minat mendngar perbahasannya di parlimen walaupun sebenarnya aku tidaklah begitu memahaminya...tapi minat punya pasal…duit di habiskan utk membeli cd2 ceramah dan perbahasan beliau….


Tanggal 23 Jun 2002…..ketika aku berumur 15 tahun(tingkatan 3) di Maktab Mahmud Alor Star…aku masih ingat peristiwa ini..ketika aku bertugas di perpustakaan(pengawas perpustakaan)…Ust Zamri tiba-tiba sambil menitiskan air mata menyampaikan kepada kami semua yang Ust Fadhil Nor telah kembali ke rahmatullah…..ketika itu aku melihat abg2 seniorku yang aku yakin sudah memahami akan hakikat perjuangan almarhum..turut menitiskan air mata…aku yang masih belum memahami akan hakikat itu…turut sama bersedih di atas pemergiaan beliau menemui Allah …kerana aku yakin beliaulah pemimpin dan wakil rakyat terbaik utk kawasan aku….sedangkan aku lupa..sebenarnya bukan sahaja utk penduduk pendang..tapi beliaulah ulama’ dan pemimpin kesayangan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan agama dan perjuangan peninggalan Baginda yang mulia….jasanya cukup besar kepada perjuangan islam di Malaysia…..kalamnya penuh hikmah…akhlakny mempersonakan…hujahnya penuh makna….beliau di hormati kawan dan lawan……pandangan dan strategi politik beliau melangkaui sempadan..nasihat dan teguran beliau menjadi panduan…beliau lah yang membuka ruang yang lebih luas kepada non-muslim untuk lebih mengenali perjuangan PAS secara umumnya dan Islam secara khususnya…Islam bukan lagi asing bagi non muslim di Malaysia hasil kerja keras beliau sepanjang menjadi presiden PAS…dan itu semua di teruskan di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sehingga sekarang….hasilnya sekarang org bukan islam bukan sahaja boleh menerima..malah boleh bercakap dan berkempen untuk kemenangan Islam di malaysia….


Pada hari tersebut…kami semua di minta ke dewan besar  Maktab Mahmud….sekali lagi kami di maklumkan mengenai pemergian almarhum menemui kekasihnya….kelas di batalkan..kami beramai-ramai bersama guru-guru di situ membacakan tahlil secara beramai-ramai utk beliau…bukan atas kapasitinya sbg presiden PAS..tapi atas  dasar beliau adalah bekas pelajar dan pendidik di situ yang cukup berjasa dlm mendidik anak bangsa…kami merasai kehilangannya sbg guru kpd ummah di Malaysia…..kemudian aku turut serta bersama rombongan ke Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena(pusat pengajian agama yang di asaskan oleh almarhum) utk memberikan penghormatan terakhir kepada ulama’ ini….bersama kami pada ketika itu puluhan malah mungkin ratusan ribu umat manusia yang turut serta kerana di khabarnya jalan raya sesak sepanjang 20 km….bas yang kami naiki tidak dpt bergerak..akhirnya kami bersama kebanyakkan yang lain terpaksa berjalan kaki hampir 10 km utk ke sana..itulah kali pertama aku lihat pengumpulan manusia seramai itu…sanggup berjalan kaki walaupun jaraknya yang jauh di tambah dgn kesesakan manusia…kalau bkn kerana sygnya mereka kpd almarhum…tidak mngkin mereka sekuat dan setabah itu….sampai di sana…jenazah almarhum masih belum tiba kerana kesesakan dan kerana mngkin permintaan terakhir almarhum yang mahukan jenazah beliau di bawa oleh van jenazah yang beliau sumbangkan kepada kawasan Pendang……ketika van jenazah tiba dgn di iringi oleh polis,kelihatan lautan manusia memberikan kerjasama yang cukup baik bagi memastikan jenazah beliau dpt di sempurnakan dgn sebaik dan secepat mungkin….suasana sedih dan pilu dgn di iringi aliran air mata dan doa yang tidak putus2 dari puluhan ribu ummat manusia membuktikan yang almarhum memang cukup di sayangi oleh rakyat…jenazah beliau di sambut dan di usung oleh puluhan ribu ummat manusia yang berebut-rebut utk  memberikan penghormatan terakhir kepada ulama’  ini…solat jenazah di adakan berulang kali di sebabkan bilangan jemaah yang terlalu ramai dan tidak putus2 datang memberikan penghormatan….ya allah..ramainya manusia yang datang mendoakan almarhum…besar betul jasanya…bisik hati kecilku…..akhirnya….malam itu jugak….jenazah almarhum selamat di kebumikan di tanah muassasah darul ulum sesuai dgn wasiat almarhum yang hendak di semadikan di situ….semoga rohnya akan di rahmati dan almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang di cintai oleh Allah dan RasulNya….


Setelah hampir 6 tahun almarhum pergi meninggalkan kita…tiba-tiba rakyat Malaysia di kejutkan dgn berita yang di muatkan di dalam majalah mastika edisi Julai 2008…ms 118…bahawa ada seorang pilot  yang  bukan beragama Islam pada asalnya(india)..telah memeluk Islam setelah beliau dan krew2nya di pilih oleh Allah SWT utk menyaksikan suatu peristiwa yang cukup istimewa yang telah membuka pintu hatinya utk menerima nur hidayah dan akhirnya memeluk Islam…peristiwa yang ketikamana beliau memandu pesawat yang di dalamnya ada jenazah seorang ulama pemimpin gerakan islam di malaysia…pesawatnya di payungi oleh awan sepanjang perjalanan dari kuala lumpur ke utara tanah air sedangkan kawasan di sekitarnya pada ketika itu panas terik….subhanallah….Allah memelihara jenazah ulama tersebut dari panas terik matahari…peristiwa itu cukup memberi mkna kepada pilot tersebut dan akhirnya beliau memeluk islam….walaupun nama ulama itu tidak di nyatakan secara khusus..tapi berdasarkan ciri-ciri yang di berikan..tidak syak lagi yang itu adalah jenazah almarhum Ust fadhil nor…dari hidup sehinggalah roh beliau di cabut…dakwah beliau tetap berjalan…..subhanallah….


Kini sudah 9 tahun almarhum pergi meninggalkan kita….namun ingatan kita kepadanya masih segar…kita tidak akan pernah melupakan jasanya kpd perkembangan PAS secara umumnya dan Islam secara khususnya di bumi Malaysia…tidak hairanlah PAS menamakan sebuah dewan di markaz tarbiyyahnya di  Taman Melewar dgn nama almarhum Ust Fadhil Nor….nasihat dan ilmunya di guna pakai dan manjadi panduan kpd semua pendokong dan penyokong gerakan Islam di malaysia sampai ke hari ini….sungguh…perjuangan suci dan ikhlasmu utk islam,Allah zahirkan secara jelas kepadaku..moga-moga aku dpt genggaminya selagi nadiku berdenyut dgn ketentuanMu….dan semoga aku dpt wariskan kepada generasi selepasku bila aku bakal menuruti pemergianmu…ya allah…kurniakanlah kekuatan kpd hambaMu yang lemah ini untuk menyumbang walaupun sedikit untuk agamaMu….kurniakanlah kekuatan dan ketabahan kepada pejuang-pejuang agamaMu…..Al-Fatihah kpd almarhum Ust Fadhil Noor…..

ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami…dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu..sesungguhnya Engkau maha pemberi..”..surah ali-imran(8)…



Monday, June 13, 2011

Manfaatkan keberadaanmu di sini.......



ketika mula-mula sampai di zagazig.....


hari pertama di kuliah........
                                         bersama guruku...ust nazrul & dr hamdan
                           mengutip mutiara ilmu dari ulama' muda..ust hairul nizam
                    berkongsi ilmu dan pengalaman dengan guruku...dr kudin & ust hanafi
                               merekalah sahabat..merekalah teman dunia akhirat
                                              sahabat-sahabat seperjuangan....
                                                       


Masih terbayang detik2 ketikamana aku dah beberapa orang sahabat mula2 menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini..tanggal 26 oktober 2006 tak akan luput dari ingatan….pengembaraan  ilmu ke bumi asing ini semata-mata untuk mengejar impian yang sebenarnya masih belum pasti dalam genggaman..namun itu bukan alasan untuk aku mensia-siakn peluang keemasan…aku gagahi juga langkahku walau terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang…


Harapan dan dorongan dari keluarga,saudara-mara,sahabat handai dan orang2 kampung membuatkan aku sedar akan beban yang ada di bahuku…segulung ijazah MBBcH mesti aku bawa pulang..itu saja yang aku fikirkan ketika mula2 sampai ke mesir…dek kerana itulah aku rasa aku perlu belajar dan terus belajar walaupun sebenarnya aku bukanlah seorang yang rajin belajar sejak dari bangku sekolah lagi….


Antara nasihat awal yang aku dapat dari ustaz2 dan senior2 di sini adalah pentingnya untuk aku ambil ilmu lain selain perubatan di mesir ini di samping  tidak mengabaikan keutamaan aku di sini…Alhamdulillah Allah pertemukan aku dengan orang2 yang cukup ikhlas memberikan nasihat dan tunjuk ajar… Sungguh..di sinilah aku belajar dan tahu bnyak benda walaupun aku tahu sebenarnya apa yang aku tahu amatlah sedikit..tapi sekurangnya ada sesuatu yang baru yang aku belajar dan moga2 ianya di berkati utk aku jadikan panduan di sepanjang perjalananku nnti….


Di sini..aku kenal dan bertambah rasa cintaku kepada ulama’2 yang ikhlas menyebarkan ilmu…walaupun aku tidaklah sebaik mana..tapi aku cukup kagum dan rasa tenang bila dapat melihat wajah mereka walaupun sebenarnya aku tak faham apa yang mereka perkatakan…ini semua hasil perkongsian dari guru-guruku di sini yang selalu bercerita dan memuji akan kemuliaan dan kehebatan ulama’2 di sini dan di seluruh dunia..ust nazrul dan ust hairul nizam terutamanya…guru yang selalu bercerita akan kisah kehidupan dan perjuangan ulama’2 ummah ini…sayangnya…aku tak faham apa yang ulama2 ini ajarkan….namun aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku kenal ulama2 ini…

                                             ulama'-ulama' kesayangan ummah....


Di sini juga…aku dapat menambahkan ilmu dan pengetahuanku tentang agama yang aku anuti ini…walaupun pengetahuanku masih di tahap yang membimbangkan..tapi  sekurangnya aku dapat belajar beberapa buah kitab di sini….terima kasih tidak terhingga kepada ustaz-ustaz dari AL-Azhar yang bnyak membimbing dan mengajar kami di sini…..kalau harapkan aku bertalaqqi dengan syeikh arab..memang tak la jawabnya sebab aku tak dapat menguasai bhsa arab dgn baik..inilah yang aku sesalkan sampai ke hari ini…


Aku pernah meluahkan perasaan sedih kepada salah seorang guruku disini tentang lemahnya aku dalam menguasai bahasa arab dan memahami kalam2 ulama di sini..namun nasihatnya membuatkan aku sedar  yang itu bukan keutamaanku di sini dan aku tak akan di persoalkan kalau tidak dapat menguasainya,tapi  aku akan di persoalkan kalau tidak dpt menguasai ilmu perubatan dgn baik…namun itu bkn bermkna ilmu2 lain itu tidak penting….nasihatnya…..bersahabatlah dan belajarlah dari ustaz2 yang faham bhsa arab(kitab arab) dan faham kalam2 ulama yang mengajar supaya aku juga turut mendapat faedahnya….dia berikan analogi yang cukup baik…..”cuba bayangkan nnti bila kita sudah bekerja….enta doktor…ana atau sahabat ana dari Al-Azhar mungkin jadi ustaz atau mufti…kehidupan enta sbg doktor sudah semestinya tidak dapat lari dari masalah yang berkaitan hukum hakam agama..jadi bukan ke mudah kalau enta ada sahabat yang memang belajar dan mendalami agama…begitu juga dgn kami…sakit sudah semestinya hadir dalam hidup kami atau ahli keluarga kami…bukankah senang dan menjimatkan kalau kami ada sahabat yang bergelar doktor…”kalau di sini pun..aku  sudah rasa cukup bertuah ada sahabat dan guru yang mendalami ilmu agama dgn ulama dan para masyaikh di al-azhar…..kerana sebarang persoalan yang berkaitan hukum hakam dapat aku ajukan kepada mereka secara terus…tambahan lagi di Malaysia nanti…tentu bnyak persolan yang menghantui kita dalam keadaan Negara kita kekurangan tenaga pakar dalam hal ehwal agama…




Sekarang…hampir lima tahun aku berada di bumi anbiya’ ini…insya allah tinggal lagi setahun lebih masa yang tinggal untuk aku di sni....bila aku muhasabah tentang apa yang telah aku dapat di sini..rupanya banyak lagi mutiara yang aku tidak temui dan miliki….aku selalu berpesan kepada junior yang msh pnjang perjalanan mereka di sini..manfaatkanlah keberadaan mereka di sini dgn sebaiknya..pesanan ini jugakla yang aku dpt dari senior2 dulu..namun kelalaian aku membuatkan aku menyesal ketika waktu cukup suntuk utk aku disini….bersahabatlah dgn guru-guru yang akan membantu kalian nnti..bilangan mereka makin sedikit..jgn sia-siakn peluang ini utk bljar dan amik sesuatu dari mereka…jgn kalian menyesal spt apa yang aku rasa skrang ini…aku berdoa agar masa yang berbaki ini dpt aku manfaatkan sebaiknya….di akhir2 ini baru aku rasai nikmat berguru dgn syeikh arab…walaupun aku tak betul-betul faham apa yang di ajarkannya..akan tetapi ada manfaat  dan kemanisan yang aku rasai…jgnlah kalian terlambat seperti aku…carilah guru dan belajarlah…nescaya nnt kalian akan rasa nikmat dan kemanisannya…ya allah..berkatilah masa kami di sini…sesungguhnya kami hambamu yang sentiasa lalai dan berada dalam kerugian….muhasabah utk kita bersama…..

Thursday, January 20, 2011


                                   KENANGANKU DI BUMI ANBIYA'.....


       Sumber....www.jihadislami.blogspot.com..........(Selasa:13 Oktober 2009)..


Kelmarin, ketika kami mengatur diri untuk melangkah ke medan siasah,sebagai pendengar kepada sang murabbi yang hadir dari malaysia,memberi pengisian rohani demi memahami erti perjuangan,kami didentumkan dengan berita mengejutkan.Hari itu,seperti biasa,bila sahaja mendengar murabbi perjuangan hadir dibumi mesir untuk bersama rakyat,maka diri ini jarang ketinggalan untuk menyertai bernamij pengisian seperti tersebut.


Berita sampai dari sang pejuang yang prihatin dalam perjuangan,telah mengSMSkan maklumat bahawa akan berlangsung ceramah dari salah seorang ahli parlimen pakatan rakyat didataran asyir.Beliau ialah yang berbahagia Tuan Guru Taib Azamuddin,siapa yang tidak kenal beliau? (bekas imam masjid negara yang kini telah menjadi wakil kepada rakyat diparlimen, mewakili parlimen Baling kedah),dan seorang lagi penceramah iaitu U. Fauzan Bin Mazlan Exco pemuda PAS negeri selangor,yang juga merupakan rakan seperjuangan kami dimesir seketika dahulu.

Kami mula bergerak bertolak ke kaherah untuk bersama didalam barnamij tersebut seawal magrib,usai solat magrib,kami berkumpul didepan imarah kami,imarah baba ku, Market Al-itraby center (yang sedia ma'ruf sebagai pusat pengumpulan).Cumanya,pemergian kami untuk kemajlis tersebut terpisah kerana takdir tidak mengizinkan kami bersama hari itu,kebetulan ada sebilangan akhwat yang ingin ikut serta bersama didalam barnamij tersebut,kami mula menyusun langkah untuk mengatur perjalanan kami,agar kami sampai kesemuanya ditempat yang hendak dituju.aku dan isteriku serta dua orang lagi sahabat mengepalai tremko akhwat untuk ke majlis,manakala sahabat yang lain berpecah untuk tujuan yang sama.sebelum bertolak,masing-masing bertegur sapa, aku bertanya "syam anta dan kalian semua nak kemana?" mereka menjawab " nak gie jalan-jalan qaumiah" jawab balas gurauan mereka.Mereka terus bertolak,hinggalah hilang banyang-bayang mereka dari penglihatan kami.Doa ku dan rakan-rakan "moga semua selamat sampai dan selamat kembali" dan seterusnya kami satu tremko/van pun bertolak ke tempat tujuan.

Dalam perjalanan sekitar hampir satu jam perjalanan,telfone berdering,aku tidak sedar,telefone ku berdering,deringan tersebut terus pula ke handfone sahabat ku.Dimaklumkan kepada kami,tremko sahabat kami(7 orang)telah menghadapi kemalangan.Aku merasa tidak sedap hati,lalu mengambil handfone bimbitku,dan ternyata ada misscall dari sahabat disana,hidayat yang cuba call tadi,terdetik dihati ini "hidayat dan rakan-rakan lain kemalangan".terus aku membuat panggilan kembali kepada hidayat,ternyata sekali ia benar,hidayat menjawab dalam keadaan bergetar-getar.terbayang dibenak fikiranku, "adakah mereka tertimpa musibah yang berat.."aku terus bertanya kepada hidayat"macam mana hidayat?anta macam mana?yang lain?" hidayat menjawab "kami exsident,ana tengah pening-pening ni,yang lain luka-luka,syam tak sedar dan berdarah,embulans tengah urus syam,ana cuba call ustaz tadi lepas kemalangan,tapi tak angkat".mereka kesemuanya tujuh orang pejuang bagiku,syamsul bakri,hidayat,hadi,soleh,hakim,wan zaimu,anas dzarif.ketika kami satu tremko yang sedang dalam perjalanan mendengar khabar kemalangan tersebut,kami semua rasa sayu dan sedih,tetapi kami teruskan perjalanan untuk ke medan juang bila mereka menyatakan semuanya terkawal, dalam perjalanan sambil berdoa kami mengharapkan mereka baik-baik belaka.Aku terus membuat panggilan kepada sahabat didataran,supaya mendoakan sahabat-sahabat pejuang tadi selamat.

Usai,majlis didataran,kami berangkat pulang dan terus ke mustashfa istiqbal towari untuk menyelesaikan perkara yang perlu,pengerusi dan mantan pengerusi 1 menguruskan hal dihospital dan mantan pengerusi 2(aku)menghantar akhawat dan isteriku pulang dahulu.Seawal pagi,aku hadir ke hospital dan menziarahi syamsul,ternyata jangkaan fikiran ku meleset,syam agak teruk sedikit, riak wajahnya sahaja menggambarkan dia menahan kesakitan yang kuat, moga pahala pengorbanan itu besar ganjarannya.Selepas itu terus aku bertanya sahabat yang lain,mereka berada dihospital hamdi said,khabarnya keadaan terkawal.

Didalam tremko lagi,bila mendengar berita kemalangan mereka,dihati ku terdetik dua perkara sedih dan gembira,sedihnya mereka ditimpa musibah dan kesakitan,dan gembiranya musibah yang menimpa mereka merupakan ganjaran pahala dari allah yang tidak terhingga diakhirat kelak yang akan mereka kecapi(kerana mereka hadapi bencana didalam perjaungan/jihad).Sedih dan gembira bergendang dikelopak mata.keadaan ini pernah menimpa diriku satu masa dahulu dimalaysia juga didalam perjalanan untuk ke majlis ceramah agama,teringat aku kisah lama.aku pasti,rakan-rakan yang tujuh tadi,mesti merasakan kemanisan perjuangan,walaupun berdasarkan peristiwa yang sedikit ini.Inilah kemanisan perjuangan,menang didalam perjuangan amat menggembirakan,tersungkur ditengah jalan atau terkandas, bukan erti kalah tetapi keduanya menang dialam perjuangan.Moga sahabat-sahabat yang tujuh ini cepat sembuh,khusus buat syamsul,moga anta dikurniakan kesihatan dan keimanan yang meningkat diatas peristiwa yang tertimpa,ia sekurang-kurangnya mengingatkan kita,kepada allah kita dikembalikan,tua muda bukan ukuran,harus amal baik menjadi tunggangan didalam kehidupan.



Moga syam cepat sembuh dan dapat terus berkhidmat untuk mahasiswa zagazig.anta diperlukan oleh warga zagazig dalam segenap aspek. Juga diperlukan didalam kepimpinan anta,menyambung tugas sebagai ketua perubatan....

syukran ust mumtaz di atas coretan yang akan menjadi kenangan sepanjang zaman kepada saya....

P/S: di kesempatan ini,saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat-sahabiah yang banya membantu dan berkorban untuk saya sepanjang saya terlantar di hospital sehinggalah saya di hantar pulang ke Malaysia.Semoga jasa dan pengorbanan kalian akan di ganjari dengan sebaik-baik ganjaran dari Allah swt...saya bangga ada sahabat seperti kalian semua......

Wednesday, December 22, 2010

DEDIKASI BUAT BAKAL PEMIMPIN........


Keharmonian dan ketenangan yang menyelubungi Zagazig sebelum ini seakan-akan tergugat dek kerana keriuhan dan kemeriahan di kalangan mahasiswa/wi sains perubatan di sini yang sibuk berkempen untuk memilih kepimpinan baru untuk persatuan yang sangat kita sayangi ini iaitu PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG(PCZ) bagi sesi 2011/2012…sebagai salah seorang senior yang bertanggungjawab menubuhkan PCZ di bumi Zagazig ini,sudah semestinya kami mengharapkan agar nakhoda yang bakal di pilih untuk mengemudi bahtera yang masih muda ini betul-betul  berkelayakan demi memastikan hadaf dan tujuan penubuhan pcz akan tercapai.Perkongsian ini bukan bertujuan untuk memperlekehkan sesiapa atau menyanjungi sesiapa…tapi ianya sekadar pencerahan kepada yang masih kabur ,pembetulan kepada yang bersalah dan amaran kepada yang jahil………


Soal kepimpinan bukan perkara kecil dalam Islam,kalau tidak,masakan sahabat-sahabat nabi lebih mengutamakan pengganti kepada baginda dari menguruskan jasad yang mulia….sesungguhnya Islam itu sudah sempurna,tapi kita memerlukan elemen lain untuk melaksanakan kesempurnaan tersebut…politik berpersatuan dan ketua yang faham adalah elemen yang penting di peringkat kita sekarang ini dan akan kita teruskan kepada politik kenegaraan demi memastikan Islam bukan sahaja di terima sebagai satu jaminan dalam perlembagaan,tapi mesti di laksanakan di semua peringkat kehidupan…..tidak kira siapa pun anda,bila saja anda mengaku anda muslim,tanggungjawab untuk melaksanakan kesempurnaan islam dalam kehidupan adalah kewajipan dan keperluan,bukannya pilihan dan tiada alasan….jadi,mahu tidak mahu,pcz yang kita cintai ini juga perlu melaksanakan apa yang islam tuntut walaupun ianya persatuan kepada pelajar sains kesihatan dek kerana pemimpin dan ahli secara keseluruhannya mengucap kalimah syahadatain dan adalah muslim.jadi,tidak timbul soal kenapa asyik berbicara soal islam dan perlu pembawakan islam dalam pcz kerana ianya adalah tuntutan dari yang maha kuasa,bukannya pilihan nafsu  manusia…

Sebenarnya bila islam di jadikan pembawakan dan rujukan  utama,secara tidak langsung kehendak dan keperluan yang lainnya  akan di penuhi.soal kesatuan, akademik,kebajikan,sukan,rehlah dan sebagainya akan terpelihara kerana islam merangkumi kesemuanya,ianya bukan sekadar agama,tapi adalah fitrah dan cara hidup manusia keseluruhannya…PCZ  adalah medium yang terbaik yang kita ada di bumi zagazig ini untuk memberi harapan baru kepada ahli yang tersasar ,memberi kesedaran kepada yang terlalai,memberi ruang kepada yang nak berbakti dan seterusnya yang paling penting memberi sumbangan kepada penghayatan dan pengamalan islam dalam diri mahasiswa/wi di sini.

Jadinya,pemimpin yang akan menerajui pcz mestilah faham akan tanggungjawab dan amanah yang besar dan mulia ini.apa yang penting,fikrahnya mestilah ISLAM….kenapa saya berkata begitu…Dr hadi ada ulasannya di dalam blog beliau….

Bila fikrahnya solid islam,apa jua keputusan dan tindakan akan ikut lunas-lunas yang di tetapkan oleh islam….ciri-ciri lain yang perlu ada kepada bakal pemimpin adalah kefahaman dan thaqafahnya terhadap semua ilmu khususnya ilmu berkaitan agama,akhlaknya ikut ISLAM,pakaiannya ikut ISLAM,percakapannya dan pergaulannya ikut ISLAM,senang cakap,semuanya ikut ISLAM sebab semua ada dalam islam, dari kita bangun tido,sampai kita tido semula,dari sekecil-kecil urusan,sehinggalah ke sebesar-besar urusan…factor dan keegoan akademik,senioriti,rupa paras dan ukuran lain tidak boleh di jadikan ukuran utama selagimana neraca timbangan yang di tetapkan agama tidak di penuhi…harus di ingat,semuanya akan di soal di mahkamah ALLAH nanti,tiada satu pun urusan akan terlepas…..firman ALLAH SWT…….


“MAKA DEMI TUHANMU,KAMI PASTI AKAN MENYOAL MEREKA SEMUANYA.TENTANG APA YANG MEREKA KERJAKAN DAHULU”.(al-Hijr ayat 92-93)

Sebelum kita memilih sesiapa menjadi pemimpin,pertimbangkanlah sebaiknya kerana ianya akan menjadi  salah satu dari pemberat untuk neraca mizan nanti.orang yang di pilih sudah tentunya lagi dahsyat hisabnya di hadapan Allah nanti kerana amanah dan tanggungjawab yang di pikul sangat berat.


“PADA MASA MUKA MEREKA DI BALIK-BALIKKAN DALAM NERAKA,MEREKA BERKATA(DENGAN SESALNYA):ALANGKAH BAIKNYA KALAU KAMI DAHULU(SEMASA DI DUNIA) TAAT KEPADA ALLAH SERTA TAAT KEPADA RASUL ALLAH,DAN MEREKA BERKATA LAGI:WAHAI TUHAN KAMI,SESUNGGUHNYA KAMI MEMATUHI KEHENDAK KETUA-KETUA DAN ORANG-ORANG BESAR KAMI,LALU MEREKA MENYESATKAN KAMI DARI JALAN YANG BENAR.WAHAI TUHAN KAMI,BERILAH MEREKA AZAB SENGSARA DUA KALI GANDA,DAN LAKNATKANLAH MEREKA DENGAN LAKNAT YANG SEBESAR-BESARNYA.”(al-Ahzab,66-68)

Saidina Umar juga menegaskan,


“sesiapa yang melantik pemimpin kerana harta ataupun hubungan keluarga,bukan kerana kelayakkannya,sesungguhnya dia mengkhianati Allah dan RasulNya.”

Berbeza pendapat dalam menilai seseorang adalah perkara biasa…ianya juga berlaku kepada saidina abu bakar dan saidina umar ketikamana mereka berselisih pendapat dalam memilih pemimpin untuk bani tamim…tapi adab dan punca perselisihan itu mestilah berdasarkan apa yang islam tetapkan….jadinya,penilaian anda semua mesti berdasarkan ciri yang islam nak,bukan ikut nafsu atau perasaan hasad dengki anda pada pihak lain…..kerana akhirnya……kita semua yang akan menanggung akibatnya…bukan sahaja di dunia,tapi turut di akhirat sana……

Akhirnya,sama-samalah kita berdoa agar kita semua di kurniakan pemimpin yang akan memandu kita  mencari keredhaan Illahi….tiada nikmat dan ganjaran yang lebih berharga dari syurga  di akhirat sana……moga-moga PCZ akan terus di pimpin oleh orang yang selayaknya.saya dan kawan-kawan yang lain tidak akan redha seandainya anda semua memilih pemimpin yang menggunakan PCZ untuk kepentingan pihak lain atau individu tertentu….PCZ adalah milik semua dan kita semua wajib mempertahankannya demi kepentingan bersama…dan paling penting ada sumbangan untuk ISLAM…


“KITA PCZ”

Saturday, October 9, 2010

IJTIMA' TARBAWI PERINGKAT KEBANGSAAN....

Murnikan perjuangan…Maknakan kemenangan….

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Illahi kerana dgn limpah kurnia-Nya serta  dgn nikmat-Nya,hamba-Mu yang hina ini telah diberi kesempatan utk bersama2 dgn pemuda2  yang cintakan perjuangan peninggalan baginda nabi yang mulia,iaitu utk kembali  meletakkan agama yang mulia ini di tempat yang tertinggi..bkn sekadar sbg agama rasmi sesebuah negara sahaja…tapi demi memastikan agama ini di terima dan dilaksanakan  secara menyeluruh dlm smua aspek kehidupan.utk tujuan dan matlamat yang besar ini..sudah semestinya di sana akan ada seribu satu cabaran,halangan,dugaan,mehnah dan tribulasi yang sudah menjadi sunnah bg seorang pejuang agama allah….tidak hairanla….rasul2 dan nabi2 terdahulu di ‘tarbiyah’ sedemikian rupa oleh murabbi yang paling agung yakni allah swt demi mempersiapkan diri utk tugas yang berat ini.
Tanggal 1,2 dan 3 oktober menjadi saksi yang masih ramai di kalangan pemuda2 dan pemudi2 yang cintakan agama di sebalik kerosakkan yang teruk melanda dunia.5 ribu pemuda dan pemudi berhimpun di masjid rusila,Terengganu utk satu tujuan dan matlamat,yakni utk kembali memperkasakan dan melonjakkan roh dan semangat jihad dan ianya  harus dimulai dan diterjemahkan dgn memperkukuhkan program2 tarbiyah di kalangan pejuang2 agama allah ini.Pengisian dan semangat telah di sampaikan oleh murabbi2 agung yang telah lama berjuang utk mendaulatkan agama yang kita cintai ini.Keberadaan  di sana cukup membuatkan diri ini berasa kerdil dek kerana kurangnya ilmu dan kefahaman serta lemahnya diri dlm mnghadapi sedikit ujian dr allah swt.Di sini….insan yang lemah ini ingin berkongsi sedikit  ilmu yang telah di sampaikan oleh murabbi2 yang cukup ikhlas dlm memperjuangkan agama,mudah-mudahan ada manfaat utk kita semua……

**dari ustaz Nik Zawawi dalam forum tarbawi.

katanya : "..jangan ingat lepas kita dah kalahkan musuh kita iaitu umno dalam pru-13 kita dah berjaya dan boleh bergembira, kerana bila kita memegang Malaysia, kita akan berhadapan dengan musuh yang lebih besar seperti Amerika dan sekutu-sekutunya. Maka persiapkanlah diri kita dengan tarbiyah untuk menghadapi musuh2 kita ini.."


**Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

pesanan untuk pemuda supaya mengamalkan 3 perkara ini iaitu ;

1. baca quran setiap hari

2. qimullail

3. solat dhuha


**ustaz Yahya Othman, murabbi PAS pusat

Tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya.

Pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi. Pemuda hendaklah :

1. Memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat.

2. Naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, umno akan terus memerintah.

Pesanan kepada pemuda

1. mesti berilmu

2. mesti mengamalkan ilmu

3. bercakap benar

4. bermaaf-maafan

5. baca quran

-Sertailah PAS dan jujur, ikhlas, tidak khianat


**ustaz Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden pas

Kita hendaklah bangga menjadi orang mukmin yang duduk di dalam pas

Pemuda hendaklah memastikan tidak ada satu hari berlalu tanpa membaca Al-Quran !

kunci beramal dengan quran :

1) membaca al-quran

2) melihat terjemah al-quran

3) melihat tafsir quran

4) beramal dengan al-Quran

5) istiqamah dengan Al-Quran

"tiada guna jika semua buku haraki dihafal di kepala,namun tidak ada sedikit pun sumbangan utk perjuangan menegakkan agama"...


**Khalid Mesyal (hamas, palestin)
berkata akan belajar dengan PAS atas penubuhan DHPP

-satu-satunya gerakan yang berjaya membaca politik setempat dgn baik adalah Pas kerana berjaya menarik minat non muslim utk sama2 berjuang dgn sebuah gerakan islam...


**ustaz Nasrudin Hasan At-tantawi, ketua pemuda PAS pusat

Berintima dalam pas ini ada kerana beberapa perkara. Antaranya :

1. syakhsi (peribadi) : kerana peribadi tokoh2 tertentu

2. gharawi ( kecenderungan) : kerana minat pada kopiah orang2 pas

3. istijali ( kebetulan ) : lahir dalam keluarga pas


tetapi yang paling penting adalah kerana aqidi (aqidah)

-jika betul niat kita berjuang dlm gerakan islam ini,maka apa saja aktiviti dan program yang kita lakukan adalah tarbiyah....



**ustaz Ahmad Yahya, ketua pemuda pas kedah

Tarbiyah adalah jantung, dan perlu diletakkan di tempat utama dalam organisasi.

Rahsia utama bagaimana kedah boleh menang dalam pru12 kerana kita buat post mortem pada 2004 dan mendapati bahawa tarbiyahlah kunci utama untuk menang.

Soalan untuk semua,

apa yang dirasai selepas solat?

jika kita merasa lega kerana telah menunaikan kewajipan, ianya masih tidak mencukupi.sebaliknya kita perlu merasakan ianya adalah keperluan utk kita mendekatkan diri kpd alllah...


** ustaz Zulkifli Ismail, ketua dewan ulama pas melaka

pemuda pas hendaklah menguasai :

1.fiqh marhali

2. fiqh aulawiyat

3. takzim al waqt (memuliakan waktu)

4. membelakangkan keuntungan peribadi , mazhab dan aliran serta pandangan peribadi untuk memastikan kepentingan jemaah diutamakan.


**ustazah Nuridah Salleh, ketua dewan muslimat pas pusat

Pemuda hendaklah memastikan isteri-isteri mereka tidak dibiarkan di rumah sahaja. Hendaklah memastikan isteri turut serta mengambil bahagian dan memegang jawatan dalam pas.



**Tuan Guru Dato Seri Hj Hadi, presiden pas

Abdullah b mubarak menulis surat kepada Fudhail b.Iyad, meminta supaya meninggalkan tempat beribadatnya dan pergi ke medan jihad.

Berjihad ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sanggup menghadapi dugaan/cabaran.


"Syura Didahulukan, Taqwa Diutamakan"

Hidup Islam, Hancur Jahiliyyah !


Thursday, August 19, 2010

KEPASTIAN YANG SERING DIABAIKAN....



Namanya manusia,pasti akan  ada yang tidak kena dan sempurna.Selepas baginda NABI MUHAMMAD S.A.W,tiada lagi yang berupaya mengelak dari dosa dan noda.Tetapi,dosa dan noda terlalu berleluasa sekarang kerana manusia sering terlupa kepada  azab dan seksa,syurga dan neraka..Apakah mereka lupa yang itu adalah sesuatu yang  nyata dan pasti kepada setiap makhluk yang dicipta-Nya.

Manusia sering mengejar dan mengimpikan sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya,tetapi sering terlupa atau lalai dengan apa yang pasti menjadi miliknya.Kita akan berusaha untuk sesuatu yang  masih belum pasti menjadi milik kita,namun kita sering mengabaikan sesuatu yang pasti menemui kita tidak kira di mana atau bila pun masanya.

Mumtaz,4.0 flat,A+,no.1,menjadi buruan setiap manusia.Cuba kita tanya,siapa yang tidak mahu cemerlang dalam pelajarannya mahupun kehidupan duniawinya,pasti  jawapannya sama.Begitu juga kalau kita tanya sedara seISLAM kita tentang syurga dan neraka,pastinya semua mahu ke syurga,malah SYURGA FIRDAUS menjadi idaman  kita.Baik…itu naluri semua manusia yang bergelar MUSLIM…….PERSOALANNYA?.......

Antara MUMTAZ,SYURGA DAN NERAKA,yang mana agaknya yang pasti akan kita dapat walau apa pun pengakhirannya.Tentulah jawapannya syurga dan neraka kan…mumtaz ataupun cemerlang tidak akan ada seorang pun yang berani jamin yang dia akan dapat walau SEGAGAH  mana pun dia berusaha.Tetapi syurga atau neraka pasti kita akan dapat walau SEMALAS mana pun kita berusaha untuk mendapatkannya….kerana itu janji dari yang ESA dan di sampaikan melalui BAGINDA junjungan mulia….

Cuba perhatikan di sekeliling kita,antara mumtaz dan syurga,antara  study dan neraka,antara kemewahan dan kematian,antara agama dan dunia,yang mana agaknya lebih menjadi keutamaan  bagi kita.kalaulah kita boleh study sampai bengkak2 mata hanya semata-mata untuk ijazah dan kesenangan dunia,kenapa kita tidak boleh berdiri sehingga bengkak2 kaki atau sujud sehingga bengkak2 dahi untuk keredhaan-Nya.

Baginda Nabi Muhammad S.A.W. ketika ditanya oleh Saidatina Aishah akan ibadah yang dilakukan oleh Baginda sehingga bengkak2 kaki sedangkan Baginda merupakan kekasih ALLAH dan telah  di janjikan syurga..jawapan Baginda cukup indah….”APAKAH SALAH UNTUK AKU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR”….

Kalaulah kita niatkan usaha kita itu untuk kesenangan akhirat dan kepentingan agama,tentulah ianya akan menjadi usaha yang mulia kerana ibadah dan urusan agama bukan hanya tertakhluk pada solat atau ibadah khusus lain semata-mata.Islam sebagai suatu cara hidup yang disebut sebagai AD-DIN,dari kita bangun tidur,sehinggalah kita tidur semula,semuanya diajar dan dikurniakan pahala kalau betul niat dan caranya.Oleh sebab itulah,kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dengan tuntutan agama.

DR. YUSOF AL-QARDHAWI,dalam bukunya “WAJIBUS SYABAB ALYAUM”(kewajiban remaja islam pada hari ini) menyatakan yang ISLAM tidak menuntut dari seorang pelajar  perubatan mahupun kejuruteraan untuk meninggalkan  bidang mereka hanya semata-mata untuk mempelajari ilmu agama,tapi cukuplah bagi mereka mengetahui akan hal2 dan ilmu2 agama yang mana pengetahuan tersebut cukup untuk menjernihkan akidah mereka,mampu untuk memperbetulkan ibadah mereka,dapat memperelokkan akhlak mereka dan dapat membezakan antara yang halal dan yang haram.

SAIDINA ALI R.A  pernah berkata,”BERKERJALAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA DAN BERIBADAHLAH KAMU SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI KEESOKAN HARINYA”……

Islam menuntut kita untuk berusaha bagi benda yang tidak pasti dan bermujahadah bagi benda yang pasti.Kedua-duanya mesti di seimbangkan,tapi kita,agak2 mana yang akan kita lebihkan.Kita sanggup berjaga malam untuk study dan assignment,tapi berapa ramai yang sanggup  berjaga malam bagi  beribadah kepada-Nya.Apa yang menyedihkan,ada di antara kita berasa puas dapat berjaga hingga ke pagi demi menyiapkan assignment,tapi tidak merasa apa2 bila subuhnya terlajak hingga ke tengahari..

Sedarilah saudara seakidahku bahawa martabat kita di sisi yang maha Esa hanya pada ketakwaan kepada-Nya,bukan pada  darjat dan pangkat habuan dunia.Tidak salah mencari kesenangan dunia,tapi biarlah paling tidaknya setanding dan sepatutnya lebih hebat usahanya  untuk kesenangan abadi di akhirat kelak.Tiada ganjaran dan kenikmatan yang lebih bermakna dan berharga selain syurga-Nya…..semoga kita semua dapat berehat di syurga…….sekian.